Kejar Motor Aiskrim Dekat Highway, Kisah Lelaki Berniaga Dari Sg Buloh Ke Perak Ini Buat Ramai Sebak

Setiap insan mempunyai jalan cerita yang berbeza-beza bahkan mempunyai cabaran yang tersendiri dalam kehidupan seharian.
Iospital phone repair gombak
Demi kelangsungan hidup, ramai yang perlu berhempas pulas mencari rezeki halal dan ada diantara mereka perlu meniti pelbagai onak duri terutamanya dalam perniagaan.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita mengejar penjual aiskrim di lebuh raya mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @snowerrewons, difahamkan dia terserempak dengan motor aiskrim yang dibawa oleh seorang lelaki sebelum mengejarnya di lebuhraya Sungai Buloh dan mengikuti belakangnya.

Namun apa yang membuatkan ramai tersentuh adalah, perjalanan peniaga ais krim berkenaan dikira agak jauh kerana menunggang motornya hingga ke Tanjung Malim dari Sungah Buloh.

“Terserempak dengan adik ni di area highway Sungai Buloh. Penuh roti dekat motor tu mesti nak pergi berniaga. Anak kita nak makan roti aiskrim jadi kami follow belakang.”


“Hati tertanya-tanya manalah dia ni nak berniaga. Nampak dia berhenti di R&R Tanjung Malam. Jauh perjalanannya dari Sungai Buloh ke sini, berpanas dan berhujan,” cerita wanita itu

Menyangka hanya dia seorang sahaja yang mengejar, rupa-rupanya ada juga pelanggan lain yang mengikuti belakang motor penjual aiskrim itu.

Tidak cukup dengan itu, dia juga sempat berbual dengan lelaki tersebut dan kisahnya membuatkan wanita ini sebak.

“Hebat insan ini. Ayahnya meniaga 20 tahun dah dekat sini tapi sekarang dia pula yang sambung. Bukan mudah nak travel jejauh naik motor ya. Setiap hari.”

“Nampak ceria je adik ni. Apapun kami mendoakan semoga diperluaskan rezekimu. Betullah, rezeki ada di mana-mana sahaja, yang penting usaha,” ceritanya

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen tersentuh dengan kisah lelaki ini namun tetap kagum dengan kesungguhannya dalam mencari rezeki.

Bukan itu sahaja, dia juga membuktikan bahawa rezeki sememangnya ada di mana-mana asalkan kita usaha.

Antara komen warga maya:

“Apa lah amalan baik dia ya sampai Allah izinkan rezeki yang follow dia”

“Tabik spring dekat lu bro.. semoga dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat”


“Steady bro terus kan usaha dalam mencari rezeki halal..”


Video yang tular di laman TikTok:

@snowerrewons Bukan sekadar roti aiskrim, tapi ia lebih dari segalanya. 😊 #ciptasahabat #fypシ #InspiredAwesomeLife #fyp #foryoupage #viral #viraltiktok #rnrtanjungmalim #aiskrimroti ♬ Perjalanan Hidup – Ramli Sarip