“Kau ingat aku berani”, Cubaan Memujuk Hanis Zalikha Untuk Hairul Azreen Gagal, Achey Sempat Bocor Rahsia Harga Helmet Sama Macam Motor

Pasangan selebriti iaitu Hairul Azreen dan Hanis Zalikha sering menjadi perhatian netizen disebabkan kemesraan mereka berdua. Malah, sebelum mereka dikurniakan cahaya mata lagi mereka sudah menjadi bualan dengan adanya kucing mereka, Bujibu Chempel.

Iospital phone repair gombak

Bukan itu sahaja, selain gemar berkongsikan tentang anak mereka, Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah di media sosial, Hairul Azreen turut sering dilihat suka menyakat isterinya, Hanis Zalikha atau lebih mesra disapa Keknis.

Terbaharu, Hairul berkunjung ke sebuah kedai aksesori motosikal bersama isterinya dan dua orang lagi pelawak terkenal, Achey dan Ali Puteh. Mereka bertiga sedang mencari helmet.

Namun, Hairul dapati harga helmet yang diminatinya mahal, menyebabkan dia meminta pertolongan daripada Achey untuk memujuk Keknis.

Pada mulanya Achey cuba ‘meracun’ Keknis untuk membenarkan Hairul membeli helmet berkenaan namun kemudiannya dia membocorkan rahsia mengatakan harga helmet tersebut hampir sama dengan harga sebiji motor!

Bukan itu sahaja, dalam video TikTok tular yang dikongsikan sendiri oleh Hairul di akaun miliknya turut memaparkan Achey segera bangun dari kerusi dan tertawa sambil mengusap kepalanya!

“Kau ingat aku berani” kata Achey yang rupa-rupanya ‘gabra’ dan tidak berani memujuk isteri rakan baiknya itu. Pada hujung video pula, Keknis menyilangkan tangannya tanda tidak setuju akan rancangan suaminya.

Walaupun video berdurasi 26 saat berkenaan baru sahaja dikongsi, ianya berjaya mengundang dekah ramai sehingga mencecah tontonan sebanyak 1.5 juta manakala mendapat 141.4 ribu tanda suka!

Apabila meneropong ke ruangan komen, rata-rata terhibur melihat gelagat Achey yang cuba memujuk Keknis namun akhirnya gagal kerana takut.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh warganet di TikTok

“Beras korg beli kan..takkan x brani stakat helmet jer😂”

“Hahaha ! Boleh tido bottol garage bang😂”


“kau ingat aku berani😂”

“hahahahha badan sado tpi hormat bini hahah sekadar bergurau yek bang 😂😂”

“abang achey ni tak boleh bawak perang laa😂 habis pecah rahsia😂😂😂”

Video yang tular di laman TikTok

@hairul_azreen88 Hari ni GF teman tgok helmet @Hanis Zalikha , g usha kedai @FTGARAGE ♬ original sound – Hairul Azreen