Kantoi Hisap Vape Ketika Sidang Parlimen, Ini Kenyataan Hishammuddin Tun Hussein

Zaman sekarang sudah menjadi kebiasaan bagi anak-anak muda untuk menghisap rokok elektronik ataupun dipanggil vape atau pod.

Malah, golongan dewasa dan orang tua turut ramai yang terpengaruh dengan alasan mahu berhenti merokok walaupun pada hakikatnya ketagihan nikotin itu masih sama.

Namun masih ramai di kalangan golongan ini yang tidak tahu menghormati keadaan dan orang sekeliling apabila sesuka hati menghisap rokok elektronik ini walau di dalam kawasan yang dilarang.

Hari ini, tular gelagat seorang individu kenamaan yang ‘terkantoi’ dipercayai menyedut e-cigarette iaitu Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Menerusi satu rakaman klip video yang dimuatnaik di laman Twitter, tular memaparkan gelagatnya yang curi-curi ‘berasap’, dipercayai menyedut e-cigarette dalam Dewan Rakyat.

Rakaman tersebut pada asalnya dimuat naik oleh pengguna Twitter Mhd Shamin.

“Adoiii buat hal betul laa”

Walau bagaimanapun, Hishammuddin tanpa berlengan terus memohon maaf secara terbuka menerusi laman Twitternya.

“Maaf, saya tidak sedar. Ia adalah tabiat baharu saya. Saya mohon maaf kepada Dewan dan berjanji untuk tidak mengulanginya lagi,”

Rata-rata netizen meluahkan rasa kesal kerana seorang menteri sepatutnya menunjukkan tauladan yang baik terhadap rakyat.

Namun ada juga yang membelanya kerana berani mengaku kesalahan dan memohon maaf.