Kanak-Kanak Jatuh Bangunan Tinjau Ditidurkan, Ibu Rayu Doa Orang Ramai

Sejak pusat rekreasi dan riadah dibuka semula baru-baru ini pasti ramai ibu bapa yang membawa anak mereka bersiar-siar untuk menghilangkan bosan ketika berada lama di rumah. Ada yang pergi bermandi -manda dan ada juga yang pergi ke taman.

Namun siapa sangka, niat yang awalnya untuk menggembirakan hati anak-anak akhirnya bertukar menjadi tragedi yang sangat menakutkan buat ibu bapa iaitu hampir kehilangan anak mereka buat selamanya.

Itulah yang berlaku kepada seorang kanak-kanak berusia 22 bulan yang mengalami masalah pendarahan otak selepas terjatuh dari bangunan tinjau di Taman Rekreasi Wetland Setia Alam.

Menurut ibu saudaranya yang dikenali sebagai Huda Mahmud berkata, anak buahnya Zaid bin Haarith kini telah ditidurkan untuk mengelak daripada pendarahan otak tahap kedua yang boleh mengakibatkan anak itu mengalami sebarang komplikasi yang lebih teruk.

“Zaid ditidurkan sepenuhnya untuk elak ‘second brain injury’. (Masa jatuh semalam ‘first brain injury’. ‘Second brain injury’ adalah apa-apa injury selepas jatuh, yang disebabkan oleh faktor lain”

“Kepala belah kiri bengkak sebab ada pendarahan bawah ‘scalp’, tengkorak sebelah kiri retak, namun pendarahan di otak sangat kecil, tak significant, mungkin tak perlu operation”

Tambahnya lagi, anak saudaranya itu tidak mengalami sebarang kecederaan lain pada anggota badan dan tekanan darahnya agak rendah

“Bahagian anggota badan, organ lain semua ok tak ada apa-apa, Alhamdulillah. Cuma doktor kata Zaid kurang stabil. Tekanan darah agak rendah,”

Ibu kepada anak kecil itu juga turut memohon doa orang ramai agar anaknya tidak menjalani sebarang pembedahan dan berterima kasih kepada semua yang mendoakan serta memberi sumbangan kepada anaknya.

“Alhamdulillah pakar neurosurgeri kata malam ni akan pantau dulu sebab pendarahan tu kecil dan jika tak merebak tak perlu buat operation.”

“Jazakumullahu khayran semua atas doa. Kami sekeluarga sangat-sangat menghargainya & sangat perlukan doa dari semua.”

Bukan itu sahaja, selepas membuat laporan pihak Majlis Pembandaran Shah Alam juga turut mengambil tanggungjawab ini dan membuat tindakan lanjut agar insiden seperti itu tidak akan berlaku lagi.

“Pihak MBSA akan membantu memanjangkan isu ini kepada pihak pemaju untuk tindakan lanjut bagi mengelakkan insiden yang tidak diingini berlaku.

“Selain itu, pihak MBSA juga akan memaklumkan kepada pihak pemaju untuk membuat penyelenggaraan dan pemantauan secara berkala bagi taman-taman awam yang masih belum diserahkan kepada MBSA,”