“Kalau baju longgar mungkin tudung akan ke atas sikit, kalau baju ketat..” – Mira Filzah

Nama Mira Filzah sejak akhir-akhir ini kerap menjadi bualan netizen yang mempersoalkan perubahan pada gaya pemakaiannya yang didakwa semakin ketat dan singkat.

Bagi Mira, dia tidak mahu ambil peduli dengan komen-komen negatif dan menurutnya masih tahu adab dan cara pemakaian wanita Islam.

Menerusi laman Astro Gempak, Mira Filzah menjawab dakwaan tidak puas hati netizen yang mengkritik gaya serta pemilihan pakaiannya.

Menurut Mira, netizen memang tak boleh dikawal dan benda simple pun mereka nak komen.

“Bila bercakap soal netizen kita tidak boleh kawal, kadang-kadang benda simple pun saya pernah nampak mereka komen.”

Baginya apa yang dibuat betul pun pasti ada yang kata salah dan mereka lebih suka memberikan komen yang negatif.

“Jadi apa yang saya nampak benda yang kita buat betul pun salah, ada antara mereka menegur cara positif dan ada setengahnya berunsur kecaman.

Mira juga tidak mengambil kira perkara yang negatif da baginya sehingga hari ini dia masih tahu lagi menjaga batas.

“Yang negatif tidak perlu nak ambil kira sangat. As for me, I know what I’m doing, saya masih lagi menjaga jaga batas.

Mira juga berkata pakaiannya bergantung kepada situasi di mana kalau berbaju longgar mungkin tudung akan ke atas manakala kalau baju ketat Mira akan labuhkan tudung.

“Tidak adalah keterlaluan, bergantung kepada situasi. Kalau baju longgar mungkin tudung tu akan ke atas sikit, kalau baju ketat saya akan labuhkan tudung, kebanyakkannya begitu,” jelasnya.

Walaubagaimanapun, Mira masih menerima segala jenis teguran dan nasihat yang diberikan secara positif oleh netizen.

“Komen memang saya ada baca, mana yang kita rasa betul kita ambillah untuk memperbaiki pada masa akan datang.

Mira juga akan lebih berhati-hati untuk memuat naik gambar di laman sosial terutamanya Instagram.

 

View this post on Instagram

 

Resepi Mak Esah 👩🏻‍🍳🥘 with Bulan! . . Coming soon this Ramadhan! #ResepiMakEsah #MiraFilzah

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah) on

“Selepas ini saya akan lebih berhati-hati memuat naik gambar di media sosial. Sebelum ini pun memang saya berhati-hati dan tidak upload sesuka hati.

Mira turut menasihatkan para peminat untuk sentiasa memberikan kata-kata yang baik dan menyebarkan perkara yang positif.

“Jadi sentiasa berkata perkara-perkara yang baik, Insya-Allah benda tu akan sampai pada orang tu dan pada kita juga. Kalau kita berkata tidak baik pada orang tu, benda-benda negatif, secara automatiknya hidup kita pun akan jadi negatif. So be positif and spread good words,” ujarnya.

Semoga Mira Filzah sentiasa dapat menjaga imej positif yang dibawa selama ini dan menjadi contoh baik buat para peminat.