Penduduk Flat Terkejut Nampak Kaki Tergantung Dalam Lif, Lelaki Terpaksa Tahan Sakit 30 Minit

Fungsi fasiliti seperti lif di mana-mana bangunan yang bertingkat adalah untuk memudahkan pergerakan indivu yang berada di tempat berkenaan.

Walau bagaimana pun, lif boleh rosak dan gagal berfungsi jika tidak diselenggara dengan baik oleh pihak yang bertanggungjawab. Lebih teruk, boleh mengundang bahaya kepada orang ramai.

Hari ini (18 Jun 2022) dilaporkan seorang lelaki berbangsa Cina hampir kehilangan kedua-dua pergelangan kaki akibat tersepit di dalam lif antara tingkat satu ke aras bawah.

Kejadian yang dipercayai berlaku di Flat Desa Pinang 2, Sungai Pinang, tengah malam tadi bagaimana pun sempat dibantu oleh pihak bomba.

Beberapa orang anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak berjaya menyelamatkan mangsa berusia 55 tahun yang juga penghuni di situ daripada mengalami kecederaan kritikal.

Ketua Operasi BBP Jalan Perak, Sha’ari Mansor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.43 malam sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

“Kita melakukan operasi dan menyelamat mangsa dengan membuka pintu lif tersebut menggunakan peralatan khas.

“Kira-kira 10 minit diperuntukan untuk mengeluarkan yang tersepit bahagian kaki itu.

Selepas hampir 30 minit menahan sakit, mangsa dikejarkan ke hospital Pulau Pinang bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Mangsa yang berjaya diselamatkan itu kemudiannya diberikan rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut,” katanya di lokasi kejadian.

Dalam pada itu, penghuni lain yang melihat kejadian tersebut turut terperanjat melihat kaki yang tergantung di dalam lif.

Difahamkan, kejadian berpunca daripada lif yang terus bergerak naik sejurus mangsa masuk sebelum terhenti antara aras bawah dan tingkat satu.

Video yang tular di laman TikTok

@amirulainul460Kaki orang sankut dalam fld di sg pinang♬ original sound – Amirul Ainul460