Kahwin Semula Selepas 16 Tahun Cerai, Perkongsian Lelaki Ini Buat Ramai Tersentuh

Jodoh, pertemuan, ajal dan maut sememangnya ditangan tuhan bahkan siapa lah kita sebagai hamba hendak menidakkan segala takdir yang sudah tertulis bukan?

Iospital phone repair gombak

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana ibu bapa kepada seorang pengguna TikTok telah mengambil keputusan untuk rujuk dan bernikah semula selepas 16 tahun bercerai.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh @ndi_ahmad ini, memaparkan momen bahagia ketika pernikahan ibu bapanya yang sangat menyetuh hati serta boleh membuatkan sesiapa sahaja yang melihatnya pasti merasa sebak dan mengalirkan air mata.

Menurut penjelasan pada video tersebut, lelaki ini mengatakan kedua-dua orang tuanya telah berpisah 16 tahun lalu dan selepas itu masing-masing juga mendirikan rumah tangga dan menjalani kehidupan dengan orang lain. Bagaimanapun, jodoh mereka berdua dengan pasangan baharu tidak panjang lalu bercerai.

Pada akhirnya, ibu bapa pemilik video itu memutuskan untuk kembali rujuk dan mengadakan majlis pada 10 Oktober lalu.

“Mama dan bapa rujuk dan nikah kembali setelah 16 tahun berpisah. Masing-masing telah menikah,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Difahamkan, majlis berkenaan dilakukan secara sederhana di sebuah rumah yang turut dihadiri oleh anak-anak, cucu serta keluarga terdekat di Indonesia.

Malah pengantin perempuan hanya mengenakan tudung dan baju putih bersama beberapa hiasan, begitu juga dengan pengantin lelaki.

Dalam pada masa yang sama, anak kepada pasangan suami isteri ini juga mengucapkan rasa syukur dan teruja apabila ibu bapanya masih bersama kembali.

“Kalian pasti iri (cemburu), sebabnya kami boleh tengok mak ayah kami nikah. Kamu semua belum lahir…” kata pemuda tersebut.

Bukan itu sahaja, dia juga berharap agar pernikahan dan jodoh ibu bapanya kekal hingga ke syurga serta menjadi yang terakhir.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut menzahirkan rasa syukur dan meluahkan rasa teruja dengan pasangan suami isteri yang telah bersatu kembali selepas 16 tahun bercerai.

Tidak cukup dengan itu, netizen juga menitipkan doa agar perkahwinan itu berkekalan hingga ke akhir hayat.

Perkongsian yang tular di laman TikTok:

@ndisalonbarbershopCiee ciee CLBK.. alhamdulillah Rujuk.. yeey uda gk jd korban brokenhome.. wkwkwkwkwkw.. 😅♬ Sang Dewi – Lyodra & Andi Rianto