Juruterbang Tertidur, Mengejutkan Pesawat Mendarat Dengan Selamat

Melancong dengan menggunakan perkhidmatan penerbangan merupakan perkara yang biasa bagi sesiapa yang gemar melancong ke luar negara mahupun di dalam negara. Tetapi bagaimana jika juruterbang itu tertidur semasa mengelola pesawat yang dinaiki oleh anda?

Memetik laporan Siakap Keli, dua juruterbang pesawat Ethiopian Airlines telah didakwa tertidur ketika telah menghampiri lapangan terbang di Ethiopia.

Ekoran kejadian tersebut, mereka terlepas untuk mendarat di lokasi yang telah ditetapkan.

Berdasarkan kenyataan mereka, dua juruterbang itu dipercayai terbangun sebaik sahaja mendengar deringan dari penggera automatik dalam pesawat tersebut.

Menerusi laporan Daily Mail, kedua-dua juruterbang itu sepatutnya menghala ke arah Lapangan Terbang Addis Ababa Bole.

Berdasarkan laporan Aviation Herald pula, Kawalan Trafik Udara sudah cuba menghubungi kedua-dua juruterbang itu tetapi gagal dihubungi.

Akhirnya, mereka terbangun selepas sistem ‘autopilot’ pesawat itu terputus dan seterusnya penggera pesawat pun berdering.

Walau bagaimanapun, pesawat itu selamat sampai kira-kira 25 minit kemudian di landasan iaitu selama dua jam setengah sebelum bergerak ke penerbangan seterusnya.

Melalui data yang telah dikeluarkan oleh penganalisis penerbangan, pesawat tersebut telah terlepas daripada landasan yang sepatutnya mendarat tetapi mereka berjaya melakukan pendekatan selanjutnya selepas kedua-dua juruterbang itu bangun daripada tidur.

“Amat membimbangkan insiden di syarikat penerbangan terbesar Afrika — Ethiopian Airlines Boeing 737 #ET343 masih berada pada ketinggian pelayaran 37,000 kaki pada masa ia sampai ke destinasi Addis Ababa.

“Mengapa ia tidak mula turun untuk mendarat? Kedua-dua juruterbang sedang tidur.” tulis penganalisis penerbangan, Alex Macheras, dalam ciapan Twitternya.

Insiden yang berlaku itu membuatkan ramai orang awam yang terkejut, dan ada yang mengatakan bahawa ianya sangat tidak profesional dan bahaya.

Bukan itu sahaja, ada yang berharap bahawa kedua-dua juruterbang itu dipecat dan pihak penerbangan yang bertanggungjawab haruslah menyelidik berkenaan jadual kru-kru penerbangan ini.

Namun begitu, rata-rata orang awam bersyukur kerana pesawat tersebut telah mendarat dengan selamat dan tiada sesiapa yang cedera dalam sewaktu dalam penerbangan tersebut.

Ada juga yang berpendapat bahawa kru penerbangan mempunyai jadual yang sangat padat dan terlalu banyak diberikan kerja sehingga boleh menyebabkan mereka letih.

 

Ciapan Twitter yang tular: