Connect with us

Viral

Jiran Bawah Mengadu Bunyi Budak Buat Bising, Rupa-rupanya CCTV Tunjuk Entiti Tengah ‘Buat Kerja’ Di Ruang Tamu

Bagi yang tinggal di rumah pangsa, kondominium mahupun pangsapuri mesti membiasakan diri untuk berjiran bukan sahaja kiri dan kanan, tetapi atas dan bawah juga.

Iospital phone repair gombak

Jadi, susahlah sikit kalau nak buat bising ataupun hentak-hentak sesuatu di lantai. Risau-risau nanti bukan orang sebelah je bising, orang bawah pun ikut sama merungut.

Tapi kali ini lain sikit ceritanya. Baru-baru ini seorang pengguna TikTok telah memuat naik rakaman CCTV di rumahnya selepas menerima aduan daripada jiran bawah yang mendakwa terdengar bunyi bising dari rumahnya.

Bagaimanapun, dapatan CCTV miliknya membuatkan netizen meremang. Rakaman tersebut memaparkan seolah-olah ada sepasang kaki yang menghentak-hentak jubin lantai ruang tamu.

Bukan itu sahaja, bayang yang sempat dirakam oleh CCTV itu juga terlihat berganjak dari satu tempat ke satu tempat. Menurut pemilik video ini, rupa-rupanya bunyi bising itu berpunca dari makhluk lain.

Sehingga kini, video yang dikongsikan oleh @bt.mobile di TikTok ini telah berjaya mencecah tontonan sehingga 277.3 ribu manakala meraih 7155 tanda suka!

Menjengah ke ruangan komen, masing-masing berkongsi mengatakan turut pernah mengalami situasi ‘diganggu’ oleh entiti seperti di dalam video tular berkenaan di rumah kediaman mereka.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh warganet di TikTok

“rumah sy pun mcm tu tengah2 mlm bunyi budak2 berlari..bunyi mcm taburan manik kat lantai..tarikh kerusi ..”

“ha a.siapa yg tahu n faham takkn serang org ats.sbnrnya yg kita dgr tu bukan ats or sebelah tp dlm umh kita sendiri yg bising tu.”


“Rumah sewa lama saya ada budak kecik juga. Masa kecik kakak selalu tertukar saya dgn benda tu. 😂”

“pnah dgr bunyi kanak2 blari, org tumbuk batu lesung, bunyi guli btaburan tp xda penghuni di rumah atas 😅”

“itu biasa..pd org yg faham dia x kan marah punya.. sya pun dh biasa kt perumahan sya..”

Video yang tular di laman TikTok

@bt.mobileBerlari² pulak dia tgh² mlm ye… org bawah bising la cik adik oiiit♬ Spooky, quiet, scary atmosphere piano songs – Skittlegirl Sound

Advertisement

Copyright © 2022 YOY Network. Part of YOY Group Sdn.Bhd. (1462891-P)