Isytihar Darurat, Jepun Kesal Tamatkan Perintah Berkurung Terlalu Awal

Sebelum ini, Hokkaido yang merupakan sebuah pulau di utara Jepun ini telah dilanda gelombang kedua COVID-19.

Difahamkan, sebanyak 135 jangkitan COVID-19 dalam tempoh seminggu dilaporkan selepas menamatkan perintah berkurung tiga minggu apabila kes jangkitan berkurang kepada satu angka.

Diisytiharkan darurat kecemasan

Terdahulu, perintah berkurung telah ditamatkan pada 19 Mac lalu yang mana membolehkan perniagaan dan sekolah beroperasi, kini telah diisytiharkan darurat kecemasan.

Menerusi Pengerusi Pertubuhan Perubatan Hokkaido, Dr Kiyoshi Nagase, berkata beliau menyesal kerana perintah berkurung ditamatkan terlalu awal di wilayah dengan 5.3 juta penduduk itu.

“Ini bermakna kita mungkin perlu menunggu hingga tahun depan bagi memastikan keadaan benar-benar selamat dan kita boleh menamatkan perintah berkurung tanpa risau,” katanya

Kita tidak punyai maklumat yang cukup mengenai Covid-19

Malah, seorang pakar kawalan penyakit berjangkit di Health Sciences University, Hokkaido, Prof Yoko Tsukamoto, turut bersetuju bahawa perintah berkurung ditamatkan terlalu awal.

“Pada masa itu, kita tidak mempunyai maklumat yang mencukupi atau pengetahuan mengenai wabak COVID-19” ujar beliau.

“Namun, kita tidak boleh persalahkan sesiapa kerana keputusan (menamatkan perintah berkurung) dibuat berdasarkan penurunan kadar jangkitan kepada hanya satu atau dua kes sehari” lapor Berita Harian.

Ia satu kesilapan terbesar

Tapi kini kita sedar ini menjadi kesilapan terbesar, walaupun pada masa itu ia adalah tindakan yang wajar dilakukan,” katanya

Sementara itu, Hokkaido telah melaporkan sebanyak 38 kes baharu COVID-19 telah dikesan kelmarin.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan 688 jangkitan selain seorang maut, menjadikan jumlah keseluruhan 27 kematian iaitu yang kelima tertinggi di Jepun.

Difahamkan kes pertama COVID-19 di Hokkaido dikesan pada seorang pelancong China dari Wuhan.

Kes pertama itu ketika Festival Salji Sapporo pada Februari lalu sebelum perintah berkurung diisytiharkan, yang dihadiri dua juta orang.

Kes yang sama turut berlaku di Kanada

Walaubagaimanapun, keadaan yang sama berlaku di Ontario, Kanada di mana penurunan kes baharu COVID-19 selama tiga hari berturut-turut.

Namun begitu, peningkatan mendadak kelmarin dengan 525 kes baharu dan 59 kematian dalam 24 jam.

Sementara itu pada 24 April lalu, Ontario merekodkan 640 kes harian baharu diikuti 476 kes pada hari berikutnya, 437 kes selepas itu dan 424 kes pada hari seterusnya

Malah, peningkatan mendadak 525 kes iaitu penambahan 101 kes berbanding hari sebelumnya.

Difahamkan secara keseluruhan, Ontario mencatatkan 15,381 kes COVID-19 yang disahkan termasuk 951 kematian dan 8,964 pesakit yang sudah sembuh.

Semoga Malaysia dapat mengamalkan garis panduan yang ditetapkan bagi membolehkan wabak Covid-19 ini tidak kembali mengganas di negara kita.