“Jem Terus Macam Mana Nak Mandi” – Terkejut Design Tandas Hotel Lut Sinar, Reaksi Geng Lelaki Ini Buat Netizen Terhibur

Sudah pasti ramai diantara kita yang gemar pergi bercuti untuk berhibur bersama pasangan atau rakan-rakan. Malah ada juga yang pergi bercuti keseorangan untuk tenangkan diri.

Iospital phone repair gombak

Samada bercuti di dalam atau luar negara, dekat ataupun jauh. Kadangkala sesetengah orang hanya mahu menikmati masa rehat mereka dengan berkualiti bersama pasangan, keluarga atau rakan-rakan.

Malah, ada juga segelintir dari kita yang gemar check in hanya kerana kecantikan dan dekorasi hotel itu sendiri. Banyak hotel-hotel yang mempunyai design cantik sehingga ada pula yang ‘terkejut’ melihat design hotel yang mereka pilih.

Sama juga seperti video yang telah tular di laman TikTok ini apabila sekumpulan lelaki terhibur dengan gelagat mereka memikirkan cara bagaimana mahu mandi di sebuah hotel yang telah ditempah oleh mereka ini telah mencuit hati ramai.

 

Fikir macam mana nak masuk tandas, takut member mengintai

Menerusi video tersebut, kelihatan geng lelaki berkenaan baru saja tiba di sebuah hotel. Kelihatan seperti mereka akan tinggal di dalam satu bilik yang sama.

Namun ketika memeriksa hotel yang ditempah, mereka mula menyedari design tandas hotel tersebut boleh dilihat jelas dari atas. Disebabkan itu, semua terhibur dan memikirkan bagaimana cara mereka mahu mandi takut nanti ada yang diantara mereka ‘memerhati’ pula

“Stress member nak mandi” – Netizen

Menerusi tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata wargamaya turut berasa terhibur dan ada juga yang berkongsi pengalaman yang sama seperti itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 165.3K tontonan, 7,585 tanda suka dan 140 komen di laman TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

“amik kain towel masing2 tu ttp cermin kalis tu 😂aku buat cmtu ahh tpi kne lekat something kt dinding tu bru dia x jatuh skali kain “

 

“Kalau aku mmg cari swimming pool sbb dekat situ ada toilet. Habis mandi naik masuk bilik balik. Tapi kalau x ada hmmm bangun awal mandi haha”

Video yang viral di laman TikTok:

@ssyahhhhhhhhhh Bila holiday dengan member laki toilet macam tutt…. #fyp #fypシ #holiday #friends #puaka #healing #foryoupage ♬ original sound – qitomel – Qey