“Janji selamat sampai” Abang Grab Buat Inovasi ‘Cup Holder’ Supaya Air Pelanggan Tak Tumpah Raih Perhatian Ramai!

Setiap pekerjaan ada susah payahnya.

Iospital phone repair gombak

Misalnya, bekerja sebagai seorang penghantar makanan yang terpaksa meredah cuaca panas mahupun hujan lebat demi mencari rezeki yang halal.

Bukan itu sahaja, mereka harus memastikan segala pesanan dibawa dalam keadaan selamat dan tidak tumpah sewaktu dibawa ke lokasi pelanggan.

Oleh hal demikian, tularnya sebuah video mengenai seorang rider yang membuat inovasi caranya untuk menghantar minuman dengan lebih cermat.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @emmygrab2022 itu, seorang penghantar makanan GrabFood memperlihatkan beg penghantarannya yang diinovasikan di akaun TikToknya.

Difahamkan sebelumnya ada beberapa individu yang menyatakan bahawa tindakan rider ini mengarut kerana bekas yang digunakan itu berlubang untuk meletakkan air.

Sedangkan, fungsi asal yang dibuat oleh rider tersebut ialah cawan yang berisikan air diletakkan di dalam bekas itu bagi mengelakkan ia bergolek sana sini dan menyebabkan air yang dipesan pelanggan itu tertumpah.

Ringkasnya, ‘cup holder’ lah ceritanya.

“Yang cakap aku mengarut pasal video ni kan, ni aku nak tunjuk fungsi dia..” tulisnya di dalam video berkenaan.

Sekadar info ketika artikel ini sedang ditulis, video yang tular itu telah mencecah sebanyak 985.6K tontonan, 74.7K tanda suka, dan 2545 komen di laman platform sosial itu.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet memberikan pujian terhadap inovasi kreatif yang dibuat rider tersebut.

Hal ini disebabkan kebanyakan mereka juga pernah mengalami air tumoah apabila rider telah pun sampai ke kawasan kediaman mereka.

Antara komen netizen:

“aku baru tgk. sblum brother tu explain aku tangkap dh CUP HOLDER. kalau cakap cawan buh air mmg org pikir lain 😂”

“ciri ciri orang bekerja dgn ikhlas. goodjob bro effort 100 pastikan amanah makanan orang sampai dgn selamat”


“beza org yg bijak mncari rezeki dri rata2 ak tngk bnyknya merungut jd rider grab”

“Steady bang.. Kreatif.. Peduli kn mulut org bang, dia x bg duit pon.. Kita kayuh kita makan.. Mantap bang💪”

Video TikTok yang tular:

@emmygrab2022 #CapCut ♬ bunyi asal – Aku Seorang Rider