“Janji boleh ‘lumba’ ke syurga” Tak Kisah Bawak Kancil, Man Nak Jual Kereta Bantu Orang

Ketika rakyat Malaysia sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan, banyak bantuan diberikan kepada golongan yang memerlukan.

Antara nama selebriti yang sama-sama berkongsi rezeki dengan orang ramai adalah Man Rajalawak.

Terdahulu, menerusi laman Instagram beliau menyatakan ingin berkongsi hadiah kemenangan MLM 2019 dengan memberi sedikit bantuan kepada orang ramai.

Sikap baik hatinya meniti di bibir netizen

Sikap baik hatinya dalam memberi bantuan kepada golongan kurang berkemampuan dalam menghadapi Perintah kawalan Pergerakan ketika ini amat dipuji.

Mana tidaknya, dia sanggup membahagi-bahagikan RM 50,000 daripada wang kemenangannya dalam Maharaja Lawak Mega 2019 tempoh hari kepada mereka yang kesempitan wang.

Man turut mahu menjual kereta untuk membantu orang ramai

Apa yang lebih memeranjatkan peminat beliau, Man turut memberi bayangan seperti mahu menjual keretanya untuk membuat kebaikan.

 

View this post on Instagram

 

Rest jup

A post shared by Man Raja Lawak (@manrajalawak) on

Jual kereta nanti, nak naik apa

Kenyataan tersebut dibuat susulan daripada pertanyaan sahabat-sahabatnya berkenaan niatnya yang ingin menjual kereta dan ingin membantu orang lain.

“Ada pulak sahabat boleh tanya, ko jual kereta nanti nak bawak family pergi mana-mana nak naik apa?”.

Anju boleh pakai satria kenapa saya tak boleh pakai kancil 

Beliau turut memberitahu, jika rakan artis lain seperti Anju boleh memakai kereta buatan Malaysia mengapa dia tidak boleh.

“Jawapan saya mudah je, kalau Anju boleh pakai kereta satria Neo, kenapa pulak saya tak boleh pakai kancil. Janji boleh berlumba ke syurga”.

 

View this post on Instagram

 

Inilah trofi sye yg sebenar..yg nampak onak duri yg sye pijak sebelum mencapai kejayaan

A post shared by Man Raja Lawak (@manrajalawak) on

Menerusi kenyataan beliau itu, Man turut berseloroh dengan menyamakan keadaannya dengan pelakon Zarina Anjoulie yang tidak kisah memakai Satria Neo namun bermurah hati menderma kepada orang lain.

Juara Maharajalawak Mega 2019

Terdahulu, Man bersama kumpulan Puteh telah berjaya meraih tempat pertama dalam Maharajalawak Mega 2019.

Oleh itu, kumpulan itu telah berjaya membawa pulang hadiah kemenangan sebanyak RM500,000.

Diharap kebaikan yang dilakukan beliau menjadi teladan dan contoh yang baik kepada masyarakat.