“Jangan usik, biar jadi tugu” Aksi Kereta Terpacak, Komen Netizen Pula Bikin Pecah!

Kemalangan boleh berlaku di mana sahaja tidak mengira tempat dan juga masa. Pelbagai jenis kemalangan yang dapat kita lihat di media sosial tidak kiralah disebabkan menjadi tempias kecuaian pengguna jalan raya lain ataupun kecuaian sendiri.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana memaparkan sebuah kereta terpacak atas rumput mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @pblxderropcbettahouse, dapat kita lihat sebuah kenderaan tempatan hilang kawalan sehingga terbabas di tepi jalan namun kedudukan akhirnya membuatkan ramai terhibur melihat.

Manakan tidak, entah bagaimana kenderaan perodua Axia itu terpacak di atas rumput dan ramai yang tertanya-tanya bagaimana kah kejadian ‘rare’ begitu boleh berlaku.


Menerusi TikTok tersebut, pemilik akaun memaklumkan ianya adalah kereta Myvi namun di ruangan komen mengatakan itu merupakan kereta Axia dek kerana lampu belakang dan spoiler yang bukan menunjukkan itu kereta Myvi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat kejadian tersebut dan berseloroh menanyakan bagaimana pemandu keluar daripada kenderaan itu.

“Selamba buat hal” Aksi Kereta Terpacak, Komen Netizen Pula Bikin Pecah!

Tidak cukup dengan itu, netizen juga mengatakan, selain bendera yang ‘terpacak’ di sepanjang jalan kerena PRU semakin dekat, kereta Axia ini pun sama turut terpacak.

Antara komen warga maya:

“2:30 pagi aku tergelak siapa suruh dia commando rest tu.. tak payah usik.. mungkin boleh jadi tempat perlancongan bersejarah”

“Biarlah myvi ke axia aku hairan macam mana boleh jadi macam tu..”


“Wehh paling win abad ini.. macam mana owner tu turun..”

“Orang pacak bendera dia pun nak pacak jugak”


Video yang tular di laman TikTok:

@pblxderropcbettahouse king buat hal lagi…. #myvi #kingmyvimalaysia #buathallagi ♬ bunyi asal – bantal empuk – Bro_Bu-🇲🇾