“Jangan niat nak mengajar, tapi niatlah nak belajar sama.” Perkongsian Suami Zarina Anjoulie

Pelakon Zarina Anjoulie atau sebenarnya Zarina Anjoulie Lavocah Mohd selamat diijab kabul bersama jejaka pilihan hatinya Eilyas Azhar.

Pernikahan serba ringkas pelakon dan personaliti media sosial Zarina Anjoulie telah berjaya menarik perhatian warganet.

Anju ayu bertudung litup

Sebelum ini, Anju seorang selebriti yang tidak lekang dengan kontroversi ini dan nama beliau meniti dibibir apabila terlibat dengan kerja amal ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketika majlis pernikahan berlangsung, Anju ayu bertudung litup dan majlis tersebut diadakan di Pejabat Agama Islam Seremban, Negeri Sembilan.

Apa yang mencuri tumpuan ramai adalah ahi keluarga suaminya yang terlihat ‘Islamik’ dan menerima Anju dengan hati terbuka.

Keluarga mertua menerima Anju dengan hati terbuka

Ekoran itu, rata-rata netizen telah menzahirkan rasa senang mereka melihat keluarga mertua Anju yang sangat terbuka dengan menantu mereka.

Doakan hidayah milik semua

Menerusi Instagram, suami kepada Anju yang mesra disapa Yas ini telah menulis kapsyen momen ketika mereka ingin disatukan yang semua persiapan dilakukan dalam keadaan last minute.

Pada masa yang sama, dia turut menyebut berkenaan tujuan bernikah dan niat untuk belajar bersama-sama serta mengajak melakukan kebaikkan.

Keluarga saya

“Marteen je takde time ni sebab malam tidur lambat, hihi. Pergi pejabat agama hari selasa dapat tarikh nikah hari jumaat”.

“Bayangkan 3 hari je tempoh , itu yang bersidang atas tar tu dan baju pun beli kat tesco je. Syukur Allah permudahkan dan walaupun simple je janji bahagia”.

Bila berdakwah, jangan mengajar tapi tanamlah niat nak belajar sama

“Bila nak berdakwah kat orang, jangan niat nak mengajar tapi tanamlah niat nak belajar sama, mengajak ke arah kebaikan dengan cara berkasih sayang, bukan dengan kejian dan cacian”.

 

View this post on Instagram

 

Mini video ❤️

A post shared by Zarina Anjoulie (@anjoulielavocah1) on

“Doakan hidayah seluruh alam ya agar semua dapat masuk syurga Allah jauh dari azab neraka. Aminn”.

Tahniah kepada Anju dan suami. Semoga perkahwinan mereka ini dirahmati dan kekal hingga ke syurga.