Jangan Buang Kulit Bawang Merah, Lihat Bagaimana Kulit Bawang Jadikan Tanaman Subur

Bawang merah merupakan salah satu bahan asas dalam masakan yang wajib ada di dalam dapur kita. Tanpa bawang merah masakan menjadi seakan tawar dan kurang rasa bagi sesuatu hidangan.

Bawang merah juga amat mudah didapati di kedai-kedai runcit dan pasaraya. Hampir semua masakan melayu, thailand dan barat menggunakan bawang sebagai bahan asas dalam masakan.

Namun itu, selain bawang yang menambah rasa sedap dalam masakan kulit bawang juga ada banyak manfaatnya. Ramai orang tidak tahu manfaat kulit bawang dan hanya membuang kulitnya begitu sahaja.

Manfaat Kulit Bawang Merah untuk Tanaman

Selain bawang yang begitu penting dalam masakan kita, tanpa disedari kulit bawang juga mempunyai manfaat tersendiri. Kulit bawang dikatakan boleh dijadikan baja untuk menyuburkan pelbagai tanaman.

Ramai pengguna telah mencuba kaedah ini dengan menjadikan kulit bawang baja pokok cili, pokok terung dan pelbagai tanaman lain.

Disamping itu juga, anda tidak perlu membeli baja untuk tanaman anda kerana anda boleh menggantikan baja tersebut dengan kulit bawang.

Mari kita lihat beberapa manfaat kulit bawang kepada tanaman anda 

  • Kulit bawang tadi mampu membantu menyuburkan tanaman anda
  • Selain itu, ia juga mampu menggalakkan pertumbuhan pucuk baru
  • Juga mampu mempercepatkan proses mengeluarkan bunga dan buah
  • Ia mampu membunuh hama serangga perosak tanaman

Oleh kerana kulit bawang dihasilkan setiap hari oleh surirumah, maka sudah tentu bekalan baja kulit bawang ini mampu menampung pelbagai jenis tanaman dirumah anda.

Cara-Cara Menjadikan Kulit Bawang Sebagai Baja Tanaman 

  1. Selepas anda siap mengupas kulit bawang untuk masakan, anda perlu kumpul kulit bawang tersebut.
  2. Kemudian, letakkan kulit bawang tadi ke dalam besen.
  3. Selepas itu, tuang air ke dalam besen yang berisi bawang tadi.
  4. Rendam kulit bawang dengan air selama semalaman.
  5. Keesokannya, anda boleh menggunakan air tadi untuk menyiram atau menyembur tanaman anda.
  6. Jika anda tidak mempunyai masa untuk melakukannya, anda juga boleh terus meletakkan kulit bawang tadi ke dalam pasu atau tanaman anda

Jadi, selepas ini ada dapat menghasilkan baja anda sendiri tanpa perlu membelanjakan duit untuk membeli baja tanaman anda.

Walaupun anda hanya seorang surirumah, anda mampu menghasilkan baja yang organik tanpa bahan kimia menbolehkan hasil tanaman selamat untuk dimakan tanpa was-was.

Anda tidak perlu lagi ragu untuk memilih baja yang betol dan berkualiti kerana anda boleh menggantikan baja dengan kulit bawang. Anda boleh ucapkan selamat tinggal kepada baja.

Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada semua pembaca dan membantu anda mendapatkan tanaman yang lebih subur dan sihat terutama untuk golongan yang suka bercucuk tanam.

Semoga tanaman anda berhasil dengan jayanya dan selamat mencuba tip penjagaan tanaman menggunakan kulit bawang ini. Selamat mencuba!