Jana Pendapatan Lebih RM2K Dalam Masa 2 Hari Sebagai Penghantar Makanan, Abang Rider Ini Mahu Ubah Persepsi Orang Ramai

Servis penghantaran makanan bukanlah sesuatu perkara yang baharu. Terdapat ramai individu yang bekerja sebagai penghantar makanan untuk mencari rezeki buat mereka.

Iospital phone repair gombak

Bagaimanapun, masih ada beberapa pihak yang menganggap bahawa bekerja sebagai penghantar makanan tidak dapat menjana pendapatan yang lebih bagi mereka untuk meneruskan hidup.

Namun persepsi itu dibuktikan salah oleh salah seorang rakyat Malaysia, Billy Cane yang bekerja sebagai penghantar makanan di Singapura baru-baru ini.

Menerusi hantarannya yang dibuat di laman Facebook, Billy telah berkongsikan tips akan bagaimana dia mampu menjana pendapatan sebanyak S$865.32 atau RM2,800 dalam masa dua hari dan dia juga berharap agar perkongsiannya itu dapat mengubah pemikiran orang ramai mengenai pekerjaan sebagai seorang ‘rider’ ini.

Dalam hantaran tersebut, Billy menyelitkan beberapa ‘screenshot’ mengenai ‘payment’ dan juga ‘wallet’ Foodpanda yang telah dilakukan olehnya di Singapura.

Baginya, dia berasa sangat bangga kerana dia tujuannya bekerja sebagai rider adalah untuk mengubah pandangan warga netizen.

Difahamkan, dia memperoleh sebanyak S$865.32 dalam tempoh dua hari iaitu pada 10 Disember dan 11 Disember, di mana purata sebanyak S$432.66 sehari telah didapati olehnya.

Billy turut menjelaskan bahawa dia telah menerima S$580.31 untuk 70 pesanan yang disiapkannya pada hujung minggu dan tambahan S$118 dalam insentif kerana menyiapkan 60 pesanan.

Bukan itu sahaja, Billy juga memperoleh tip sebanyak S$17 dan bayaran istimewa “we miss you” sebanyak S$150 daripada Foodpanda.

Dikatakan bahawa bayaran khas “we miss you” sebanyak S$150 itu akan diberikan pada masa-masa tertentu oleh FoodPanda.

Billy bekerja lebih 12 jam iaitu pada 11 Disember sahaja, dari 8 pagi hingga hampir 9 malam, untuk menyiapkan 36 pesanan.

Manakala bagi kenderaan pula, terdapat dua kriteria yang perlu dipenuhi iaitu individu terbabit perlu memandu kereta berdaftar dengan kerajaan Singapura ataupun individu terbabit adalah warganegara Singapura atau pemastautin tetap di negara tersebut.

Walau bagaimanapun mereka yang tidak mempunyai kereta berdaftar Singapura masih boleh melakukan penghantaran makanan dengan menggunakan basikal atau berjalan kaki, akan tetapi pendapatannya tidaklah begitu banyak.

Billy berkongsikan bahawa sebelumnya dia hanya menggunakan basikal sebagai penghantar makanan kemudian barulah dia beralih menggunakan kereta.

Hantaran yang tular: KLIK SINI