Isu Saman Menyaman, Chef Wan & Shikin Maembong Ambil Keputusan Untuk Berdamai & Lupakan Kisah Lalu

Sebelum ini, kecoh di media sosial mengenai isu Chef Wan dan bekas menantunya Shikin Maembong kerana perbalahan tentang hak penjagaan anak mereka dan kakak kepada pelakon Emma Maembong ini juga bertindak menghantar surat saman malu susulan teguran terbuka yang dibuat oleh bapa mentuanya itu.

Umum mengetahui, Shikin Maembong yang juga merupakan kakak kepada Emma Maembong ini adalah bekas isteri kepada anak sulung Chef Wan iaitu Che Riz dan telah berpisah pada 10 Disember 2012.

Iospital phone repair gombak

Terbaharu, selebriti terkenal Chef Wan atau nama sebenarnya Redzuawan Ismail ini telah memuat naik satu perkongsian di laman Instagram dimana memaklumkan berdamai dengan Shikin Maembong.

Menerusi hantaran tersebut, memaparkan foto mereka bersama ketika majlis ulang tahun ibunya. Menurut Chef Wan, dia dan Shikin telah mengambil keputusan untuk melupakan perkara yang lama serta saling memaafkan.

“Sungguh manis melihat kedua-dua cucu perempuan saya berbaju kurung dan kebaya. Air dicincang tidak akan putus kata orang tua-tua. Sebagai orang dewasa, kedua-dua kami turut melakukan kesilapan. Jadi, kami mengambil keputusan untuk melupakan segala yang berlaku. Memaafkan diantara satu sama lain,” tulisnya.

Tambah Chef Wan lagi, mereka berdua sememangnya tidak pernah terlepas daripada melakukan kesilapan malah dia turut mengatakan bakal melakukan yang terbaik sebagai seorang datuk dan bapa untuk keluarganya.

“Belajar daripada kesilapan kami dan berubah ke arah kehidupan yang lebih bahagia. Nak simpan marah, membenci dan berdendam pun tak kan ke mana. Sebagai seorang datuk, saya akan sentiasa ada dan cuba melakukan yang terbaik buat cucu-cucu, menantu mahupun bekas menantu. Itu janji saya. Insya-Allah. Alhamdulillah” tulisnya di ruangan kapsyen.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet juga meluahkan rasa syukur dengan Chef Wan dan Shikin Maembong yang mengambil keputusan untuk berdamai. Malah mereka turut memuji sikap baik hati selebriti itu yang sentiasa tenang dan melakukan terbaik untuk orang sekelilingnya.

Antara komen warga maya:

“CW ni mmg baik hati. Marah mcm mana pun dia akan finally calm n do his best for everyone around him. Semoga syurga Allah milikmu..”


“You are good father, father in laws mahupun grandfather. Bebel2 tu biasalah. Tapi sayang juga…”

“Bagus cw..satu benda mmg sukar nak buat..hilangkan perasaan benci dalam diri..solute..bukan semua org boleh buat..mudahan cw panjang umur dan melimpah lagi rezki..”

“itu yg terbaik…minta maaf n memaafkan is the hardest thing to do…alhamdulillah


Perkongsian yang tular di laman Instagram:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by chef wan (@_chefwan58)