Isu Sajjad di Makkah, Akhirnya Menteri Keluarkan Kenyataan

Nampaknya masih belum reda dengan isu usahawan kosmeti memakai telekung ketika menunaikan umrah di Makkah.

Sehubungan dengan itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof telah mengeluarkan kenyataan berkenaan isu ini.

Menurut laporan Berita Harian, Mujahid kesal dengan ahli perniagaan, Muhammad Sajad Kamaruzzaman atau dikenali sebagai Sajat, yang berpakaian seperti wanita ketika berada di tanah suci ketika mengerjakan umrah.

Menurut Menteri tersebut, tindakan Sajat itu menjejaskan imej sebagai seorang lelaki tetapi berpakaian seperti wanita ketika di Makkah.

BACA: “Muhammad Sajjad ditahan di Airport Jeddah” – Azmah Mohammed

Malah, beliau telah menerima banyak aduan daripada jemaah dan mereka yang menyaksikan perbuatan Sajat itu.

Menurut Mujahid, perkara ini telah menimbulkan ketidakselesaan kepada jemaah wanita yang lain.

“Ini menimbulkan ketidakselesaan daripada banyak aduan oleh jemaah sendiri dan orang yang menyaksikan peristiwa itu tidak berpuas hati.”

Malah dia juga didakwa sudah menceroboh rauang khas untuk wanita di sana.

“Dia sudah menceroboh ruang yang ditentukan untuk wanita dengan berpakaian serupa.”

Tambahnya lagi, perbuatan ini akan menjejaskan imej Islam dan beliau menyatakan kekesalannya dengan isu ini.

“Ini sangat menjejaskan imej Islam dan saya amat kesal dengan perbuatannya dan saya masih menunggu laporan yang berkaitan kerana saya difahamkan beliau masih berada di Makkah, belum balik lagi,” katanya kepada pemberita selepas sesi Town Hall Maqasid Syariah Kementerian Kesihatan.

Walaubagaimanapun, Mujahid berkata, beliau juga sedang mendapatkan maklumat berkenaan agensi pelancongan yang membawa Sajat dan keluarga serta rakannya menunaikan ibadah umrah.

Setakat ini masih tiada sebarang kenyataan adakah tindakan akan dikenakan kepada mereka yang terbabit dalam isu ini.