“Isteri saya selamat melahirkan hari ni” Dapat Baby Girl, Tomok Dedah Wajah Anak

Shah Indrawan atau lebih dikenali sebagai Tomok merupakan seorang penyanyi yang tidak asing lagi dalam industri tanah air.

Beliau mula menyanyi sejak tahun 1999 bersama kumpulan New boyz dan kemudiannya bergerak secara solo sehingga kini.

Cahaya mata ketiga pasangan Tomok dan Ayu 

Menjelang Aidilfitri tahun ini, mereka sekeluarga sedang menanti kelahiran ketiga selepas pasangan Tomok dan Rahayu Abbas mempunyai dua cahaya mata.

Menerusi Instagram milik penyanyi ini, beliau mengumumkan menimang cahaya mata ketiga selepas isterinya iaitu Rahayu Abbas selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada Khamis.

Isteri saya selamat melahirkan bayi perempuan

Terima kasih atas ucapan dan doa buat isteri dan anak saya

“Assalamualaikum semua. Alhamdulillah isteri saya selamat melahirkan seorang baby girl hari ni”.

 

View this post on Instagram

 

selamat bercuti semua ❤️

A post shared by Tomok (@tomokofficial) on

“Alhamdulillah terima kasih Allah. Terima kasih semua atas ucapan dan doa buat isteri dan anak saya. Alhamdulillah,” tulisnya.

Ucapan tahniah membanjiri ruangan komen

Menjengah ke ruangan komen, penyanyi itu turut menerima ucapan tahniah daripada peminat dan rakan-rakan artis.

Terdahulu, juara One In A Million ini berkahwin dengan Rahayu Abbas pada 2 Julai 2011.

 

View this post on Instagram

 

selamanya ❤️

A post shared by Tomok (@tomokofficial) on

Pasangan ini telah dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Arrianshah Akid, 9, dan Andrashah Iman yang berusia enam tahun.

Tahniah buat Tomok sekeluarga dengan kehadiran cahaya mata baru dan selamat berpantang kepada isteri beliau.