Isteri ‘Pergi’ Ketika Melahirkan Kembar, Bapa Gembira Raut Wajah Kedua-dua Seiras Ibu

Sebelum ini tular kisah mengenai seorang ibu muda yang meninggal dunia akibat kompikasi selepas melahirkan cahaya mata kembarnya.

Pemergian arwah isteri memberikan tamparan hebat buat suami

Setelah sudah hampir dua bulan Siti Nur Nasuha Shafie yang berusia 23 tahun telah pergi dijemput menghadap Ilahi.

Pastinya pemergian Siti Nur Nasuha ini memberikan tamparan hebat buat suamiya Syazwan Najmi Zulkarni yang tidak menyangkakan pemergian mengejut arwah isterinya pada ketika itu.

Perasaan bergelar ayah sangat istimewa

“Perasaan bergelar ayah itu sangat istimewa dan saya tidak sabar menunggu kembar ini boleh bercakap dan mengucapkan hari bapa kepada saya,” kata Syazwan Najmi Zulkarni yang kematian isteri akibat komplikasi selepas melahirkan bayi kembar perempuan mereka.

Menurut Syazwan Najmi, 23, berkata, tumbesaran puteri kembar, Medina Safiya dan Medina Sofiya semakin baik malah kedua-duanya agak montel walaupun dilahirkan pra matang pada hujung Mac lalu.

Kembar seiras arwah isterinya

Malah, kedua-duanya juga ada seiras arwah isterinya, Siti Nur Nasuha Shafie, 23, yang sudah dua bulan meninggalkan mereka buat selama-lamanya.

“Pengorbanan arwah isteri menjadikan saya dapat bergelar seorang ayah dan saya tak akan sia-siakan setiap detik manis bersama si kembar kami,” kata ketika ditemui di rumah keluarga mentuanya di Kampung Ketil di Tumpat, hari ini.

Sebelum ini, kisah pilu menimpa ibu muda yang bertarung nyawa sebelum meninggal dunia pada 14 April lalu selepas bersalin akibat komplikasi dalaman telah tular di media sosial.

Arwah tidak sempat menatap kedua cahaya mata sulung

Arwah yang melahirkan bayi kembar perempuan pada 31 Mac tidak sempat menatap kedua cahaya mata sulung kerana berada di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Ujar Syazwan Najmi, sambutan Hari Bapa tiga hari lalu tetap diraikan tapi hanya untuk bapa serta bapa mentuanya saja.

“Saya ada membeli dua kek yang dihadiahkan kepada ayah dan bapa mentua sempena sambutan itu dan untuk saya tiada apa-apa kerana tiada siapa yang mengucapkannya (hari bapa)” ujarnya.

“Tidak mengapa kerana ucapan tidak penting sebaliknya perasaan bergelar seorang ayah itu yang sangat istimewa,” katanya.

Anak daam jagaan keluarga saya dan mertua

Menurutnya, sejak dibenarkan membuat lawatan, ahli keluarga dan kenalan tidak putus menziarah si kembarnya dan rata-ratanya meluahkan simpati dengan nasib mereka.

Malah ramai juga yang mencuba nasib berhasrat untuk menjadikan mereka sebagai anak angkat.

“Buat masa sekarang kedua anak ini dalam jagaan keluarga saya dan mertua secara bergilir kerana rumah kami tidak jauh antara satu sama lain”.

Saya akan menziarahi pusara isteri setiap pagi Jumaat

“Bagaimanapun mereka lebih kerap berada di rumah mentua kerana saya bekerja bersama mak dan ayah di sebuah kantin hospital di Tumpat”.

“Jika terasa rindu saya boleh pulang menjenguk mereka bila-bila masa,” katanya sambil memberitahu masih meneruskan rutin mingguan dengan menziarah pusara isterinya setiap pagi Jumaat.


Sementara itu, ibu mentuanya, Maharani Abdul Rahman, 43, menyifatkan kehadiran kembar perempuan itu satu anugerah yang tidak ternilai di sebalik kehilangan anak keduanya itu.

Dua cahaya mata comel ini sebagai amanah untuk kami

Walaupun dia yang memiliki lima anak dan semuanya perempuan tidak keberatan menjaga dua cucunya itu kerana boleh melepaskan rasa rindu terhadap arwah Siti Nur Nasuha.

“Pemergian (arwah) Nasuha agak memang mengejutkan tapi kami reda kerana itu adalah asbab kematiannya”.

“Dia meninggalkan dua cahaya mata yang comel ini sebagai amanah untuk kami yang tidak akan disiakan,” katanya.

Semoga si kembar Medina Safiya dan Medina Sofiya membesar dengan baik dan menjadi anak yang solehah.