Isteri Cantik, Baik Pun Suami Cari Perempuan Lain, Apa Yang Suami Nak Sebenarnya?

Dalam berumahtangga pasti ada pasang surutnya. Bukanlah sentiasa bahagia seperti di dalam drama TV.

Kadang-kadang perkara kecil boleh buat suami isteri ‘dingin’ dan bermasam muka dan ada yang menjadikan alasan untuk mula berlaku curang.

Tetapi hari ini, ada juga isteri yang cantik, baik pun suami tetap menggatal nak cari perempuan lain.

Kalau tak percaya tengok saja apa yang jadi pada artis-artis wanita yang cantik tapi ditinggalkan suami.

Banyak sebenarnya alasan yang sengaja diciptakan oleh manusia yang suka curang ini. Mari kita ikuti perkongsian dari Amir Syahir.

_________

Nak curang, nak cari perempuan lain tidak memerlukan alasan sebenarnya. Semuanya terletak pada hati dan diri sendiri.

Isteri cantik, baik pun suami cari perempuan lain. Isteri jaga pakai minum pun suami masih sibuk buka hati pada orang lain. Apa yang seorang suami nak sebenarnya?

Isteri juga manusia. Dia tidak sempurna. Dia mungkin tidak pandai kemas rumah, tetapi dia hebat dalam memasak. Perut kau sentiasa kenyang. Makan minum kau sentiasa terjaga.

Kalau kau cakap kau cari lain sebab sakit mata pandang isteri kau, tak pandai melawa, hodoh, kenapa kau kahwin dengan dia dulu? Kalau dia dah tak secantik dulu, mungkin masa dia dah tak banyak macam sebelum kahwin. Dia sibuk uruskan kerjaya, anak-anak dan juga keperluan kau sebagai suami.

Kalau isteri dah cukup baik, takde sebab untuk kau cari yang lain. Dia dah tak cantik, kau boleh belikan dia set kecantikan. Kalau kau cakap dia tak pandai kemas rumah, kau boleh ajak dia sama-sama kemas rumah.

Kalau kau cakap dia sibuk dengan dunia kerjaya dia, kau suruhlah dia berhenti kerja dan jangan lupa bagi nafkah pada dia seperti yang dia minta.

Setiap masalah ada penyelesaiannya. Kau syukuri apa yang ada, kau akan bahagia. Kau suluh juga diri sendiri. Kau pun bukan sempurna. Tetapi isteri kau tetap sayang dan cinta kau sama seperti mula-mula dia kahwin dengan kau.

Kasih dan cintanya tak pernah berubah walaupun perut kau dah kedepan. Kesetiannya tetap utuh walaupun adakalanya kau buatkan dia mengalirkan air mata.

Kalau dia, seorang isteri boleh setia sampai mati, kenapa kau boleh berpaling mencari yang lain? Kah!