Isteri Abam Bocey Sedih Rumah Penuh Semak, Puas Tunggu Sampai 1 Jam Tapi Tiada Jawapan Langsung Dari ‘Pihak Sana’

Genap 3 tahun, pelawak terkenal arwah Abam Bocey telah dijemput Ilahi.

Iospital phone repair gombak

Isterinya, Siti Norhidayah Mohd Ali berniat untuk berkunjung ke rumah peninggalan arwah bersama dengan peguamnya akan tetapi pintu tersebut tidak dibuka.

Menerusi hantarannya di laman Instagram @hidayah_hamzahh, dia meluahkan rasa sebak apabila melihat keadaan rumahnya itu dipenuhi dengan semak samun.

Difahamkan, dapat dilihat terdapat motosikal dan kereta penghuni di luar rumah akan tetapi tiada siapa yang menyahut salamnya atau keluar daripada rumah berkenaan.

Hidayah yang merupakan seorang ibu tunggal kepada seorang anak ini, meluahkan rasa sedih apabila dirinya tidak dibenarkan untuk masuk ke dalam rumah tersebut sedangkan rumah itu miliknya sendiri.

Hidayah sempat merakamkan bukti melihat kereta di luar rumah dan terdapat orang masuk ke dalam rumah.

“Hari ini 10/02/2023 genap 3 Tahun arwah tinggalkan kami.. Abang sayang datang rumah kita tapiiii.. Korang nilaikan sendiri..

“Pihak di sana tolong buat bayaran RM60k. Peguam Dayah 2 kali hantar surat 21 hari tapii pihak sana hanya berdiam diri dan permainkan perintah mahkamah,” tulisnya di kapsyen Instagramnya itu.

Berdasarkan perkongsiannya itu, dia meminta orang ramai untuk menilai sendiri layanan yang diterimanya daripada pihak sana.

Hidayah turut memohon agar pihak sana menjelaskan bayaran sebanyak RM 60K dan menyerahkan kunci rumah seperti yang diperintahkan mahkamah dengan segera.

Meninjau di ruangan komen,orang ramai kasihan melihat nasib yang menimpa Hidayah dan berharap agar pihak sana dapat memberikan kerjasama secepat mungkin.

Malah, ada yang mengkritik tindakan pihak sana yang membuat tidak endah sahaja dengan Hidayah ini.

Antara komen netizen:

“Nampak macam dayah kejam.. tpi tgk spe yg mula dulu.. cabar dayah sgt kan.. bayarlah hutang dia weiii.. korang yg sibuk nk bwk kes harta smpi ke mahkamah kan..”


“Apalah masalah keluarga belah sana ni. Busuk hati betul. Halau dorg dari rumah tu. Guna kuasa undang2.. Bagus Dayah dtg dengan peguam. Biar dia rekodkan semua..”

Hantaran yang tular: