Ditanya Soal Pelakon Lelaki Berskandal Dengan Heroin Drama, Faizal Hussein Akui Masih Ada Yang ‘Try’ Tapi Letakkan Batas di Lokasi Penggambaran

Sejak kebelakangan ini, kita disajikan dengan pelbagai kontroversi liar artis-artis di Malaysia berkenaan isu ‘penyondol’.

Iospital phone repair gombak

Selain artis perempuan, tak kurang juga artis lelaki yang disalahkan kerana sanggup selingkuh di belakang isteri gara-gara godaan wanita lain.

Bagaimanapun, lain pula prinsip artis senior seorang ini yang terkenal dengan watak Roy dalam sebuah filem suatu ketika dahulu.

Bebas daripada sebarang gosip liar, pelakon popular Faizal Hussein menegaskan dia bersikap profesional ketika bekerjasama dengan mana-mana pelakon wanita.

Menerusi sumber lain, pelakon berusia 55 tahun ini berkata dia sentiasa meletakkan batas setiap kali berada di set penggambaran.

Difahamkan, pelakon ini memang menetapkan pendirian kerana enggan terpalit sebarang kontroversi sejak awal bergelar anak seni.

“Nak kata saya sudah tua, sampai hari ini pun masih ada orang cuba try (goda) lagi. Saya sudah letakkan batasan sesiapa yang saya jumpa (wanita), mesti panggil ‘adik’.”

Pelakon yang pernah menjadi kegilaan ramai sejak melakonkan satu watak popular dalam filem Gila-Gila Remaja ini berkata, dia hanya bercakap dengan pelakon lain sebelum penggambaran sesuatu babak atau ketika waktu malam selepas kerja selesai.

“Kalau sudah tahu suami orang, kenapa nak melayan? Saya ambil nasi sendiri di set penggambaran dan lebih banyak duduk dalam kereta sebelum sesuatu babak dijayakan.”

Mengulas lanjut isu pelakon lelaki dikatakan berskandal dengan heroin drama, Faizal berkata pelakon yang berstatus suami orang sepatutnya menjaga batas serta mengelakkan publisiti murahan.

Tambahnya, seseorang tidak akan bertahan lama jika terlalu banyak kontroversi, sama ada baik atau buruk.