Ibu Serba Salah Anak Pergi Sekolah Happy, Balik Menangis Sebab Takde Kawan Gara2 Tak Reti Cakap Melayu “Sorry sayang mama”

Setiap yang bergelar ibu bapa, harapan utama mereka setelah menghantar anak ke sekolah buat pertama kali mesti agar anaknya pandai menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu dan mudah bergaul dengan orang.

Iospital phone repair gombak

Bila ada kawan-kawan, belajar pun seronok. Bukan itu je, nak pergi makan waktu rehat pun ada geng boleh sembang-sembang.

Pun begitu, lain pula yang terjadi kepada seorang kanak-kanak perempuan ini, membuatkan ibunya terkedu.

Menerusi video tular oleh Farahani di TikTok, memaparkan anaknya gembira dan bersemangat untuk ke sekolah pada pagi berkenaan.

Namun, pulang sahaja si anak yang bernama Ivy itu, dia menangis tersedu-sedu.

Apabila ditanya, rupanya tiada siapa di sekolah yang ingin berkawan dengan Ivy gara-gara si cilik ini tidak mahir berbahasa Melayu.

Ibu kepada anak yang hanya bertutur dalam bahasa Inggeris ini turut tergamam mendengar luahan anaknya.

“Tak pernah fikir boleh jadi macam ni. Sorry sayang mama” tulisnya di ruangan kapsyen.

Sejak video ini dimuat naik beberapa hari lepas, jumlah tontonannya kini telah mencecah sehingga 2.3 juta manakala meraih sebanyak 92 ribu tanda suka!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata memberikan kata-kata positif terhadap kanak-kanak ini dan ibunya kerana menurut mereka bahasa Inggeris memang penting namun bahasa ibunda mesti diutamakan.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok

“Bahasa english tu penting.. TP bg akk BAHASA KITA MESTI DI UTAMA. kita sendiri kena angkat bahasa kita, kalau bkn kita ,siapa lg. Waallahhualam”

“hebat mcmna pun dlm bahasa inggeris..jgn d abai bahasa melayu..kna ingt bkn semua orang pandai b.inggeris tpi bahasa melayu ,anak melayu faham.”


“yang mencorakkan anak anak adalah ibubapa, kakak saya suaminya orang England ,tinggal di sana anaknya di ajar dari kecil berbahasa melayu dan english”

“Most of people/celebrities preparing kids with full English coz they would like to send them private school instead of gov school. That’s the diff”

“sy utamakan english jgk tp bm tetap guna sehari2 . kena balance . takpe syg, nnt belajar pelan2 ok, belajar pandai2 inshaallah boleh bm senang je 🥰”

Video yang tular di laman TikTok

@hwnamasaya Xpenah pikir blh jd mcmni.. Sory sayang Mama😢😢 #sekolah2023 #poorgirl #sorry ♬ suara asli – Intan Nuraini Andalia