Sama seperti mana-mana negara di dunia ini, jumlah kematian kanak-kanak adalah cukup tinggi di dalam kemalangan di negara kita.

Punca utamanya ialah kerana ibu bapa yang masih tidak ambil tahu tentang keselamatan anak-anak di dalam kereta.

Masih ramai kanak-kanak yang tidak menggunakan tali pinggang keledar ataupun tali pinggang keledar yang tidak sesuai untuk kanak-kanak.

Bagi kanak-kanak berusia sekitar 7 tahun ke bawah, penggunaan tempat duduk kanak-kanak adalah amat penting.

Ini kerana kebanyakan tali pinggang keledar yang dilengkapkan pada sesebuah kenderaan adalah tidak sesuai untuk saiz badan dan ketinggian mereka.

#CPSAwareness.Meriba.Baring di tempat duduk belakang.Berdiri menghadap cermin belakang.Duduk di tengah berdekatan…

Posted by Child Passenger Safety Malaysia on Jumaat, 21 September 2018

Tempat duduk kanak-kanak boleh mencegah daripada kecederaan serius terhadap anak-anak kecil.

Alasan Ibu Bapa Tidak Memasang Tempat Duduk Kanak-kanak

1. Harga yang terlalu mahal

Ini merupakan alasan yang paling popular digunakan oleh para ibubapa. Tinjauan kami mendapati ada sesetengah tempat duduk berharga sekitar RM300 dan mempunyai kualiti buatan yang cukup baik.

Semestinya ia bergantung kepada model dan jenama. Malah ada yang mencecah RM1000 ke atas. Tapi kami rasa ianya jauh lebih murah daripada telefon ataupun gajet berjenama yang digunakan oleh para ibu bapa kan?

2. Anak tidak mahu duduk/tidak selesa

Kanak-kanak perlu dibiasakan sebelum ia menjadi rutin. Mungkin pada peringkat permulaan anda boleh memberikannya permainan ataupun memasang rancangan kartun kegemaran mereka sewaktu dalam perjalanan.

Bila ia menjadi kebiasaan bukankah ia akan menjadi lebih mudah? Ingat! Lebih baik anak anda menangis demi keselamatan daripada anda menangis di kemudian hari.

Negara kita agak ke belakang dalam menguatkuasakan undang-undang tempat duduk kanak-kanak berbanding dengan negara lain. Ia bakal dikuatkuasakan hanya menjelang 2019 berbanding negara maju yang sudah lama menguatkuasakannya.

Kita ambil contoh undang-undang Australia yang menyatakan kanak-kanak di bawah umur 4 tahun tidak dibenarkan berada di tempat duduk penumpang hadapan. Mereka mesti diletakkan di baris kedua ataupun ketiga di belakang pemandu.

Kanak-kanak berusia 4 hingga 7 tahun pula hanya boleh berada di sebelah pemandu jika tempat duduk belakang telah penuh dengan kanak-kanak lain. Nah, sambil begitu sekali serius undang-undang yang ditetapkan demi menjamin keselamatan kanak-kanak.

Di Malaysia pula, siap boleh diletakkan anak ataupun bayi dalam keadaan baring tanpa tempat duduk khas di bahagian belakang. Bagaimana jika anda terpaksa membuat brek mengejut? Sempat ke nak pegang bayi dalam keadaan kalut ribut.

Tips Pasang Tempat Duduk Kanak-kanak (Baby Car Seat)

1. Belakang anak mesti nampak rata pada tempat duduk.

2. Anak boleh membengkok lututnya di pinggir tempat duduk dan kaki mereka menyentuh lantai kereta.

3. Tali keledar mesti berada di bahagian bahu dan dada mereka (bukan pada muka ataupun leher).

4. Tali pinggang sepatutnya berada di atas pinggul dan menyentuh bahagian atas paha (bukan pada perut).

5. Anak mesti duduk dengan selesa dengan cara ini sepanjang perjalanan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.