Hubungan 11 Tahun Putus, Bekas Teman Wanita Dakwa Syazuwan Hassan Curanng Dengan Wafariena?

Seorang wanita yang mengatakan dirinya pernah menjadi kekasih pelakon Syazuwan Hassan tampil membuat dakwaan dia telah dicuranngi pelakon terbabit.

Menerusi laporan Gempak, wanita yang menggunakan nama Adora di media sosialnya mendakwa bekas teman lelakinya itu berpisah dengannya selepas menjalinkan hubungan dengan pelakon yang popular menerusi drama bersiri 7 Hari Mencintaiku 2, Wafariena Roslan.

“Wow just wow. Perkara yang paling aku tak suka adalah apabila ditipu. Kamu kata selepas kita putus, tetapi ia tak benar.

“11 tahun aku setia dengan kamu. Ia satu perbuatan yang teruk tetapi aku anggap cinta itu buta kan untuk kamu memilih seorang ‘rempit’. Trash deserve each other anyways.

“Aku tak nak berada di liga sama, euw dan menggelikan. Aku sudah tak nak ada kaitan atau menyebut nama dia lagi. Kamu memalukan semua kaum lelaki dan keluarga kamu,” tulisnya menerusi hantaran di Instagram Stories baru-baru ini.

Tambah wanita itu lagi, kisah sebenar hubungan Syazuwan dan Wafariena diketahui lima bulan selepas mereka berpisah.

“Firasat aku betul, perempuan itu sudah lama pasang target sebelum kami berpisah. Aku boleh hidu.

“Selepas 11 tahun, pengkhianatan yang aku terima. Tapi mujur tuhan selamatkan aku. Patutlah dia selalu mengendap (Instagram) Stories aku.

“Kepada perempuan perampas lelaki aku, ketahuilah kamu hanya tempat untuk dia rebound. Dia akan melakukan perkara yang sama. Semoga kalian mendapat karma,” dakwanya.

Hal yang sama turut dikongsikan di akaun Twitternya beberapa hari lalu.

“Syazuwan, Syazuwan. Banyak lagi selebriti cantik kat Malaysia ni yang classy – takpun KOLs ke you could’ve dated after me for your glow up.

“Si Nurul in real life tu jugak kau nak, have your standards really gone Chart with downwards trend? Ke tu je cheapest option yang nak dengan you?” ciapnya yang turut memetik akaun milik Syazuwan dan Wafariena.

Kemaskini turut dibuat di laman Facebook wanita berkenaan.


Wafariena akan ambil tindakan undang-undang

Terbaru, menerusi laporan Kosmo, Wafariena tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menuduhnya sebagai punca perpisahan hubungan aktor Syazuwan Hassan dan bekas teman wanita.

Wafariena atau nama sebenarnya Wafariena Roslan, 26 memberitahu, tindakan tersebut akan dilakukan sekiranya individu tersebut tidak berhenti daripada memburukk-burukkan namanya dalam media sosial.

Difahamkan, individu tersebut ialah bekas teman wanita Syazuwan.

Malah, bekas peserta program Vokal Mania itu juga terkilan apabila dilemparkan gelaran kesat seperti perempuan sundal dan minah rempit.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ‍ (@wafarienaroslan)

“Sebenarnya saya sudah tahu perkara ini beberapa hari lalu, cuma baru viral hari ini tetapi dibiarkan sahaja sebab saya tidak bersalah.

“Namun, sangat terkilan apabila dia mula menggelar saya sundal sedangkan kami tidak mengenali antara satu sama lain pun.

“Saya tidak marah dia nak tuduh saya perampas sebab saya tidak buat pun perkara itu tetapi saya sedih apabila digelar sebegitu rupa,” katanya kepada Kosmo! Online sebentar tadi.

Dalam pada itu, pelakon yang terkenal dengan watak Nurul Ain dalam drama 7 Hari Mencintaiku itu juga berharap agar wanita tersebut berhenti daripada menjaja dan memburuk-burukkan namanya dalam media sosial.

“Walaupun saya tak marah, lebih baik dia berhenti daripada menuduh saya.

“Jangan nanti sampai pula surat saman malu kepadanya,” katanya lagi.

Mengulas lanjut dakwaan hubungannya dengan Syazuwan, Wafariena memberitahu dia dan pelakon filem Pulang itu hanyalah kawan.

“Saya dan dia hanya sahabat di set pengambaran. Tiada istilah bercinta pun. Berkasih sayang pun hanya dalam drama.

“Jadi, kepada yang melemparkan kata-kata yang teruk kepada saya, berhentilah tabur fitnah. Saya tidak terlibat langsung dalam masalah hubungan mereka,” ujarnya lagi.

Untuk rekod, Wafariena merupakan pasangan heroin kepada Syazuwan dalam drama Baby Tak Gila yang disiarkan menerusi Unifi TV sekitar Mac lalu.

Hari ini, sebuah portal hiburan melaporkan seorang wanita dipercayai bekas teman wanita Syazuwan meluahkan rasa kecewanya dalam media sosial selepas hubungan yang dibina selama 11 tahun musnah.

Dalam perkongsian tersebut, wanita tersebut turut menuduh Wafariena sebagai punca perpisahan mereka.

Follow YOY Network di laman Instagram untuk pelbagai info dan video menarik!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by YOY Network (@yoynetwork)