[VIDEO] Dakwa Alatsulit Bekas Isteri Bau Ikan Masin, Pelakon Indo Dipenjara

Sekitar Julai 2019, seorang pelakon Indonesia Galih Ginanjar telah membuat kenyataan yang menghinaa bekas isterinya, Fairuz A Rafiq dengan mengatakan kemaluanya berbau seperti ikan masin.

Galih Ginanjar membuat kenyataan tersebut terhadap bekas isterinya itu menerusi sebuah rancangan di Youtube.

Lelaki cerita hal intim dengan isteri ketika ditemuramah

Ketika itu, Galih ditemu bual oleh Rey Utami dan Pablo. Galih ketika itu tanpa perasaan segan silu menceritakan hal rumahtangga beliau.

Difahamkan, antara isu yang diceritakan oleh Galih adalah mengenai hubungann intim mereka berdua ketika masih bergelar suami isteri hanya bertahan selama 15 minit sahaja.

Video temuramah itu telah tular

Kemudian, video tersebut dikatakan telah tular dan dilihat menjatuhkan maruah bekas isterinya itu.

Ekoran daripada itu, Fairuz bersama suaminya kini, Sonny Septian telah bertindak memfailkan saman ke atas bekas suaminya kerana telah menjatuhkan maruahnya.

 

View this post on Instagram

 

Bahagia itu sederhana,sesederhana kamu tersenyum dan bersyukur dengan apa yang sudah kamu punya..❤️

A post shared by Fairuz A.rafiq (@fairuzarafiq) on

Selain Fairuz yang terkesan dengan penularan video itu, anaknya juga turut terkena tempias dari isu tersebut.

Anak dibuli disekolah kerana kisah ibu bapanya itu tular

Anak Galih dan Fairuz yang bernama King Faaz juga turut terkesan apabila dia menjadi mangsa buli di sekolah kerana kisah ibu bapanya viral di internet.

Terbaru, kes perbicaraan itu akhirnya telah tamat dan keadilan berpihak pada Fairuz A Rafiq.

Galih didapati bersalah dan hukuman penjara

Mahkamah Jakarta Selatan, Indonesia telah menjatuhkan hukuman kepada Galih serta dua Youtuber tersebut.

Selain itu menurut laporan Kompas, Galih telah dijatuhkan hukuman penjara dua tahun empat bulan.

Manakala dua Youtuber iaitu Rey Tami dan Pablo masing-masing menerima hukuman penjara setahun empat bulan dan setahun lapan bulan.

Bekas isteri turut berterima kasih kepada semua yang menyokong beliau

Menerusi akaun Instagram milik Fairuz, beliau telah membuat ucapan khas berhubung kes tersebut.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang selama ini telah memberinya sokongan sepanjang dia berdepan dengan episod memalukan itu.

Semoga kisah ini memberikan pengajaran dan teladan kepada semua orang dan diharap setiap orang menghormati satu sama lain.