“Hidayah tak pernah menyaman ibu Ali Puteh” Peguam Isteri Abam Bocey Beri Kenyataan

Hari ini, peguam yang dilantik oleh isteri kepada Allahyarham Abam, Nor Hidayah Mohd Ali iaitu Mohamed Ibrahim Mohamad menafikan anak guamnya ada memfailkan saman terhadap ibu mentuanya, Sabariah Arshad seperti yang didakwa pelawak Ali Puteh.

Malah, menurut Mohamed Ibrahim, Sabariah sebenarnya yang menfailkan saman terhadap anak guamnya pada bulan Julai lalu.

“Kami tidak pernah pada bila-bila masa telah menyaman ibu kepada Syed Ali Mubarak.

“Bagaimanapun, anak guam kami ada menerima saman sivil daripada Sabariah pada Julai lalu yang menuntut ganti rugi am dan juga injuksi untuk menghalang Hidayah daripada memberi sebarang kenyataan,” katanya.

Mohamed Ibrahim dari Tetuan Ibrahim & Fuaadah ditemui ketika sidang media tergempar yang diadakan di Shah Alam, Selangor.

Walau bagaimanapun, Mohamed Ibrahim mengakui anak guamnya ada membuat tuntutan sehingga RM900,000 seperti yang didakwa Ali Puteh.

Namun, pihaknya enggan mendedahkan butiran secara terperinci mengenai tuntutan tersebut berikutan kes masih lagi dalam prosiding.

Dalam pada itu, peguam syariah, Fadhlina Datuk Siddiq yang hadir sama pada sidang media itu mengakui ada menyenaraikan nama ibu mentua anak guamnya dalam tuntutan berhubung isu faraid dan hak jagaan anak.

“Pihak kami menerusi mahkamah syariah ada menyebut nama ibunya untuk pengesahan tuntutan faraid dan sebagainya.

“Untuk mahkamah syariah tak timbul isu saman mana-mana pihak selain hanya untuk sahkan waris berhak,” katanya.

Turut hadir bersama dalam sidang media adalah Fadhlina Datuk Siddiq dari Fadhlina Siddiq & Associates.

Beberapa hari sebelum ini, Ali mengaku mengeluarkan saman terhadap Hidayah selepas kakak iparnya itu mengeluarkan saman terhadapnya terlebih dahulu.

Menerusi live Facebook Malaysia Gazette dia menjelaskan saman ini hanyalah saman balas untuk membersihkan nama dan keluarganya selepas dikecam masyarakat.

“Saman balas saya kepada balu selepas saya disaman. Saya tak hebahkan pada media sebab saya masih menghormati abang saya baru meninggal dunia.

“Saya bukan takut cuma dalam keadaan kehilangan dan keluarga masih bersedih. Kau saman mak, kau saman aku pula 900k. Aku okay.

“Mana seorang menantu dengan mak mertua. Yang mak mertua yang baru kehilangan anak. Kau tuduh aku guna Vellfire, padahal kereta itu dah kena tarik. Siapa nak bayar? Jangan tuduh aku ambil pakai.”

Disaman selepas 16 hari Abam ‘pergi’

Ali Puteh memberitahu dia disaman selepas 16 hari Allahyarham Abam meninggal dunia oleh pihak Hidayah.

Malah paling terkilan ibunya turut disaman berserta ibu Hidayah turut menyaman ibu arwah.

Dalam temuramah tersebut, Ali turut terkesan dengan kritikan orang ramai walaupun dia berdiam sabar.