Hias Kelas Tema ‘Superhero Marvel’, Guru Kreatif Ini Buat Ramai Rasa Teringin Nak Sekolah Balik!

Guru ini ibarat lilin yang sanggup membakar diri demi kesenangan orang lain.

Iospital phone repair gombak

Demi meningkatkan minat anak-anak murid ke sekolah, baru-baru ini seorang guru sanggup mencuba sesuatu yang lain daripada lain dan di luar kotak untuk membuatkan mereka lebih suka untuk ke sekolah.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman TikTok @hanifazahar777 itu, dia berkongsikan foto kelasnya yang kelasnya yang kelihatan suram dan kurang menarik untuk anak-anak muridnya.

Dia merasakan bahawa dia perlu melakukan sesuatu agar anak-anak muridnya itu lebih bersemangat untuk ke sekolah.

Oleh hal demikian, guru Bahasa Inggeris itu pun bercadang untuk menghias kelas tersebut dengan tema yang dipilih anak-anak muridnya iaitu ‘Superheroes Marvel’!

Apa yang lebih menarik, setiap kumpulan meja diberikan watak Superhero yang berbeza seperti Iron Man, Spiderman, Thor, Back Panther, Hulk dan Captain Marvel.

Difahamkan, setiap watak itu diberikan tugas mingguan atau ‘Superheroes Jobs’ masing-masing iaitu mengelap tingkap, susun meja, menyapu dan lain-lain lagi.

Bukan itu sahaja, papan notis untuk kedatangan pula digantikan dengan ‘Superheroes Attendance’ lalu diagihkan kepada dua ruang iaitu ‘Ready To Serve’ (murid yang hadir) dan I’m Absent (tidak hadir).


Terdapat pelbagai lagi papan notis yang bukan sahaja membuatkan murid teruja nak ke sekolah, malah Min pun sama rasa bestnya dapat kelas macam ni!

Misalnya Superheroes Board, Superheroes Rewards, Superheroes Class, Superheroes Leaders dan lain-lain lagi hiasan di kelas yang berkonsepkan tema yang sama.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warga maya turut berasa ingin masuk belik ke sekolah dengan adanya kelas menarik seperti ini.

Ada juga yang kagum melihat usaha guru itu yang berhempas pulas demi menaikkan semangat anak-anak muridnya itu ke sekolah.

Antara komen netizen:

“Bestnyaaaa! sebak saya tengok effort cikgu. 🥺 Semoga student happy dan excited nak dtg sekolah & Moga Allah balas jasa cikgu berganda ganda amiin !”

“nak jadi student cikgu jugak lah macam ni !!”

Hantaran TikTok yang tular: KLIK SINI