Hati Tersentuh Lihat Pelanggan Kira Duit Syiling Sorok2, Peniaga Nasi Bajet RM3.50 Ini Terus Bagi Percuma

Dalam rezeki kita, sebahagiannya pasti akan ada rezeki orang lain.

Iospital phone repair gombak

Oleh hal demikian, kita hendaklah sentiasa mengamalkna sikap bantu membantu antara satu sama lain terutamanya terhadap mereka yang menghadapi kesukaran.

Memetik laporan MStar, seorang peniaga nasi bungkus bernama Nurul Hashima Abu Aris atau Shima dikenali kerana sifatnya yang rajin bersedekah ketika meniaga.

Terdahulu sewaktu pandemik COVID-19 melanda negara kita, Shima merupakan salah seorang ‘hero’ dengan menawarkan makanan percuma kepada sesiapa sahaja yang mengangkat bendera putih disebabkan masalah kewangan yang menimpa mereka.

Dan usahanya itu tidak berhenti sampai di situ sahaja, Shima masih tampil menawarkan bantuan makanan percuma kepada masyarakat setempat.

“Tak cukup duit nak makan? Cakap. Sis (kak Shima) boleh bagi nasi percuma.

“Jangan kais cari duit dalam poket, lepas tu letak balik nasi sebab tak cukup duit,” pelawa Shima menerusi perkongsian di media sosial.

Difahamkan, Shima akui bahawa dia mudah tersentuh apabila melihat pelanggan yang hidupnya seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

“Saya tak boleh la dengan situasi macam tu. Saya mudah tersentuh hati.

“Setakat bagi dua atau empat bungkus nasi bajet tu tak ruginya perniagaan saya,” katanya.

Shima turut menyatakan bahawa dia berasa senang hati untuk berbakti kepada mereka yang memerlukan bantuan, kerana dia juga pernah merasai bagaimana sukarnya hidup pada suatu ketika dahulu.


“Saya pernah hidup dalam kesusahan dan kesempitan yang memaksa untuk berhutang makanan dekat gerai tepi jalan.

“Apabila dah merasa senang sikit, saya berikan semula apa yang saya dah peroleh kepada masyarakat kerana dalam rezeki saya ada rezeki mereka juga,” luah Shima apabila mengenang masa lalunya.

Dalam pada itu, Shima juga sempat menceritakan pelbagai kisah pelanggan disaksikan olehnya yang banyak meruntun jiwanya itu.

“Dengan macam-macam kisah yang saya dengar daripada pelanggan yang datang ke gerai, saya tahu ramai lagi yang hidup susah dan tak mampu nak beli makanan ruji seperti nasi.

“Nasi kami dijual pada harga serendah RM3.50 sebungkus. Tapi ada juga pelanggan yang keluarkan plastik berisi duit syiling sambil kira sorok-sorok. Mungkin malu sebab tak ada duit kertas nak bayar,” cerita Shima.

Video yang tular: