Hanya Guna 3 Bahan Skrub DIY, Gadis Ini Hilangkan Parut Jerawat, Jeragat Dan Sel Kulit Mati

Zaman sekarang ni ada macam-macam jenis produk untuk kecantikan muka yang ada dijual di kedai mahupun online.

Boleh dikatakan semua founder mengaku bahawa produk mereka terbukti berkesan dapat memulihkan wajah.

Jika anda mahukan alternatif dan bahan-bahan yang semulajadi, anda boleh ikuti petua yang dikongsikan oleh Siti Hajar Che Mi. Beliau hanya gunakan tiga bahan sahaja iaitu beras, madu dan limau/lemon.

_____________

Haja dah cuba dan terbukti parut-parut degil boleh hilang. Lepas ni tak payah membazir duit beli skrub yang mahal just guna bahan-bahan di dapur je.

Kebaikan

  • Menghilangkan parut jerawat.
  • Menghilangkan daki di muka/badan.
  • Menghilangkan jeragat.
  • Menanggalkan sel kulit mati.

Nota: Kuantiti boleh ikut sesuka hati. Kalau nak pekat letak banyak beras. Kalau nak cair letak banyak lemon. Boleh disapu di seluruh badan.

Bahan-Bahan

  • 5 sudu beras
  • 3 sudu madu asli (ambil guna sudu plastik)
  • 2 hiris lemon/limau

Cara Penyediaan Dan Cara Guna

Langkah 1

  • Beras dikisar menggunakan blender kering.
  • Beras tidak boleh terlalu kasar atau hancur.
  • Jika terlalu kasar akan melukakan kulit bila kita gosok di muka.
  • Jika terlalu hancur kotoran/parut/jeragat susah hilang.

 

Langkah 2

  • Tambah 3 sudu madu dalam adunan.

 

Langkah 3

  • Potong 2 keping lemon atau limau.
  • Perah ke dalam adunan tadi.

 

Langkah 4

  • Gosok adunan tersebut di muka menggunakan lemon atau jari (pastikan tangan bersih).
  • Jangan gosok terlalu lama nanti kulit akan terluka.

 

Langkah 5

  • Basuh muka menggunakan air yang bersih.
  • Lap muka guna tuala yang bersih.

Kalau nak jimat boleh buat banyak-banyak dan letak dalam botol. Lepas tu simpan dalam peti ais. Buat banyak-banyak lagi senang dan jimat masa.

Selamat mencuba!!