Kos Hanya RM250, Lelaki Ini Siapkan DIY Kabinet Dapur Dalam 2 Minggu

Setiap pasangan yang sudah berumahtangga pastinya mengimpikan sebuah rumah yang lengkap dan cantik.

Tidak ketinggalan pada bahagian dapur untuk kelihatan kemas dan menarik. Barulah semangat isteri nak memasak kan?

Walaubagaimanapun biasanya kos untuk menyiapkan kabinet dapur yang lengkap boleh mencecah ribuan ringgit.

Tetapi pasangan ini berjaya membuat kabinet dapur mereka sendiri dengan kos hanya RM250 sahaja.

Mari kita ikuti perkongsian daripada Puan Nasibah Ramly tentang bagaimana suami beliau membuat kabinet dapur DIY dengan bajet yang rendah.

_____________________

Disini saya ingin berkongsi cara-cara membuat kabinet dapur DIY yang dibuat oleh suami saya Mat’in Ali.

Ramai yang menghubungi saya untuk bertanya jika kami mengambil tempahan. Maaf kami cuma buat untuk rumah kami dan sekadar suka-suka sahaja.

Mana-mana yang kurang budget dan ada masa, anda boleh mencuba membuat kabinet dapur seperti kami.

Budget untuk barang-barang yang kami beli di kedai hardware adalah sekitar RM250 sahaja.

Kerangka kabinet

Kerangka kabinet

Mula-mula sekali, buat kerangka menggunakan kayu 1×2. Untuk dinding anda boleh tampal dengan playwood nipis kiri dan kanan. Bagi rak hujung, lantai boleh dilapik dengan playwood tebal.

Pintu kabinet

Pintu kabinet

Untuk pintu kabinet, buat bingkai terlebih dahulu. Kemudian tampal dengan playwood nipis sebelah belakang depan. Bagi bingkai depan, guna kayu halus untuk hiasan. Biasanya dijual sekitar RM1 sebatang.

Kayu 1×2 untuk kerangka

Kayu 1x2 untuk kerangka

Inilah kayu 1×2 untuk buat kerangka dan bingkai pintu. Manakala, kayu halus untuk bikar RM1 sahaja untuk sebatang.

Memasang pintu

Memasang pintu

Apabila pintu siap dibuat, anda boleh cuba pasang untuk tengok ukuran padan atau tak. Masa inilah untuk anda ubah mana yang patut. Selepas itu anda boleh pasang engsel dan magnet.

Kerja mengecat
Kerja mengecat

Sekarang adalah untuk kerja-kerja mengecat.

Skincoat

Skincoat

Gunakan skincoat dahulu untuk menutup lubang-lubang kayu. Jemur sehingga kering, kemudian gosok dengan kertas pasir sehingga licin.

Cat undercoat

Cat undercoat

Cat undercoat, kemudian jemur sampai kering. Selepas itu, gosok dengan kertas pasir sampai licin sekali lagi.

Cat warna
Cat warna

Kemudian, cat warna. Ini kod warna ungu kabinet saya. Apabila dah siap cat, keringkan & boleh pasang.

Bahagian dalam

Bahagian dalam

Untuk bahagian dalam, gunakan cat berwarna putih.

Penyangkut

Penyangkut

Penyangkut periuk, anda boleh beli di kedai RM2. Cuma bengkokkan penyangkut tersebut untuk mendapatkan kedudukan macam tu.

Tadaa. Dah siap kemas pun. Selamat mencuba!

Jumlah kos: (beli barang-barang sahaja seperti kayu 1×2, kayu bingkai(halus), playwood, cat, skincoat, undercoat, skru, paku, magnet, engsel) : RM250

Tempoh: 2 minggu untuk disiapkan (suami ada masa malam, pagi sebelum pergi kerja & hari cuti jumaat untuk siapkan)

__________

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua pembaca YOY Network dan diharapkan dapat membantu untuk memberi idea bagaimana menjadikan kediaman lebih menarik.