Hadir Ke Mahkamah Beri Penjelasan, Penampilan Adik Bella Persis ‘Elsa’ Raih Perhatian Ramai

Kes penderaan adik Bella sememangnya tidak pernah dilupakan oleh rakyat Malaysia bahkan sehingga kes yang melibatkan seorang kanak-kanak perempuan Sindrom Down masih lagi dalam perbicaraan.

Namun pagi ini, tular di serata media sosial dimana adik bella kelihatan tampil ke mahkamah bagi tujuan prosiding untuk memberi keterangan.

Apa yang lebih mencuri tumpuan orang ramai adalah pakaiannya yang dikatakan persis watak ‘Elsa’ dalam cerita kartun Frozen membuatkan ramai teruja.


Bella kelihatan comel mengenakan gaun berwarna biru berserta crown dan tongkat persis seorang puteri.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen memuji kecomelan adik Bella yang kini sudah mampu tersenyum dengan kostum yang cantik itu.



Dalam masa yang sama, ada juga netizen yang akui sebak melihat remaja itu yang terus kuat berjuang menegakkan keadilan dibantu beberapa orang aktivis dan peguam.

Antara komen warga maya:

“Semoga keadilan berpihak kepada adi Bella.. sangat berbeza adik Bella sekarang.. nampak ceria.. makin berisi dan bersih.. she deserve to be treated like a princess”

“Allahu comelnya.. kebetulan saya ada di Tanah Suci sekarang ni.. Acik doakan moda Bella dapat keadilan selayaknya.. moga manusia yang menyakiti Bella akan di hukum dengan hukuman setimpal”

“Sebaknya tengok & menitik jugak airmata ku.. anak syurga kesayangan ramai.. moga dipermudahkan urusan dan terbela nasib awak..”

“Sebak baca dan tengok gambar2 ni.. Subhanallah sungguh bella ni macam anak kepada rakyat Malaysia.. Penderitaan dia, penderitaan kita juga.. Kami sama2 berdoa supaya keputusan terbaik buat adik Bella hari ini..”


Video yang tular:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Firdaus Ashaj (@firdausashaj)

Sekadar info, rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita seorang kanak-kanak orang kelainan upaya (OKU) Sindrom Down dikenali dengan nama Bella yang dipercayai telah dideraa semasa di bawah jagaan seorang pengasas pusat kebajikan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan rumah kebajikan tersebut telah diarahkan ditutup dan disita.