Hadiahkan Kereta Vellfire, Kejutan Hafiz Mahamad Buat Ibu Undang Sebak Netizen

Memberikan hadiah kepada ibu bapa kita adalah salah satu bentuk penghargaan dan ucapan terima kasih atas pengorbanan dan kasih sayang mereka yang tiada bandingan.

Iospital phone repair gombak

Sama juga kisahnya dengan seorang influencer dan usahawan terkenal Hafiz Mahamad yang telah menjadi bualan hangat warganet apabila memberi kejutan buat ibu bapanya dengan menghadiakan sebuah kereta Vellfire.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di laman Instagram ini, memaparkan sebuah lori yang mengandungi hadiah buat ibunya ketika hari persaraan.

Dalam entri tersebut juga, Hafiz turut berkongsi cerita mengenai pengorbanan ibunya yang membesarkan mereka tanpa mengenal erti penat lelah dan kesusahan suatu ketika dahulu.

“Hari ini hari terakhir mama bekerja, Dalam lori ni, ada hadiah pencen untuk mama & abah 3 bulan saya persiapkan untuk “hari bahagia” ini. Semalam saya datang surprise di “tempat kerja” mama. Sebak sangat rasa & surprise ni adalah surprise paling bermakna. Mama besarkan saya dan adik dengan bekerja sebagai jururawat. Bila dah besar ni, saya mula sedar. Bukan mudah untuk besarkan kami,” tulisnya.

 

Dalam pada itu, Hafiz sempat mengimbau kembali kenangan dimana dia dan adiknya terpaksa berjauhan dengan ibu bapa mereka yang berkerja di luar negeri ketika usianya 13 tahun.

“Ingat lagi waktu kecik dulu, kita minta apa pun mama dan abah cuba sediakan tanpa ada air muka yg menunjukkan dia tak mampu walhal saya tahu dia perlu berkira kira. Itu yg saya mula sedar sekarang. Diwaktu umur 13 tahun lah hingga lah besar. Saya terpaksa hidup berjauhan dgn “Mama”. Saya dan adik pun, kami terpaksa berjauhan atas sebab abah & mama bertugas di negeri lain,” tambahnya lagi.

Sementara itu, usahawan ini juga meluahkan rasa bangga dengan usaha ibu bapanya yang telah membesarkan mereka serta memberikan didikan yang terbaik. Bukan itu sahaja, Hafiz turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada isterinya sentiasa menjadi tulang belakangnya.

“Saya bangga dibesarkan dengan didikan Abah Mama. Saya bangga dengan usaha abah mama besarkan saya. Harini, saya nk hadir untuk bahagiakan mama & abah Terima Kasih untuk isteriku, sayang tanpa awak “abang bukan siapa siapa” & abang hanya menumpang rezeki awak..” ujarnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet memberikan pelbagai reaksi dengan video kejutan istimewa Hafiz Mahamad buat ibu bapanya. Ada yang turut mengalirkan air mata dan meluahkan rasa sebak serta berbangga dengan pasangan ini kerana mengajarkan mereka erti menghargai.

Antara komen warga maya:

“lepas nenek tu keluar dari kereta terus ngalir air mata nohhh..semoga dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki..”


“bangga sangat dengan abang hafiz dan kak aina, mengajar kami menghargai pasangan..”

“video-video abang hafiz and kak aina tak pernah mengecewakan..selalu mengeluarkan air mata..”

“masya’Allah.. i hope that i can do like this to my family one day insha’Allah..semoga allah sentiasa memberkati family abang hafiz aminn..”

Perkongsian yang tular di laman Instagram:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)