Bakal Ditidurkan Buat Seketika, Sissy Imann Mohon Doa Orang Ramai

Penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Mungkin Kamu’ iaitu Sissy Imann atau nama sebenarnya Sissy Imann Mohammad Kamil ini sememangnya memiliki suara yang dikatakan cukup unik oleh ramai orang.

Selain daripada menyanyi, dia juga mempunyai bakat dalam bidang lakonan dan merupakan seorang guru vokal malah Sissy turut berkebolehan dalam bermain pelbagai instrumen muzik seperti gitar, piano, biola dan bes.

Iospital phone repair gombak

Terbaharu, pelatun lagu ‘Pesanan Ayahanda’ ini telah memuat naik satu perkongsian di laman Instagramnnya yang memaklumkan bakal menjalani satu prosedur dan akan ditidurkan buat seketika itu mencuri perhatian warganet.

Walau bagaimanapun, jenis prosedur yang dijalankan tidak dinyatakan oleh penyanyi ini.


Menerusi hantaran tersebut, Sissy Iman menyifatkan hari ini merupakan hari yang penting buatnya.

Dalam pada masa yang sama dia turut memohon ampun dan maaf jika ada menyakiti mana-mana pihak serta meminta doa agar urusannya dipermudahkan

“Pada hari Jumaat yang penuh barakah ini, Sissy nak pohon maaf. Doakan urusan Sissy hari ini dipermudahkan.Hari ini merupakan hari yang penting untuk saya. Saya akan menjalani satu prosedure di mana saya akan ditidurkan buat seketika..” jelasnya.

Sementara itu, Sissy berharap agar semua pihak tidak menghubungi ahli keluarganya untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkara yang dihadapinya.

“Saya amat menghargai jasa baik anda semua untuk tidak bertanya kepada ahli keluarga saya menegenai maklumat lanjut mengenai perkara yang saya hadapi ini. Terima kasih semua kerana memahami.” tambahnya.

Meninjau di ruangan komen, rakan artis dan warga maya turut menitipkan doa agar Sissy Imann cepat sembuh serta dipermudahkan urusannya.

Antara komen rakan artis dan warga maya:

“get well soon sissy..moga Allah SWT permudahkan semua..”


“semoga Allah memberikan kesembuhan yang cepat untuk adinda sissy imann dan dipermudahkan segala urusan..”

“semoga dipermudahkan segala urusan sissy dan cepat sembuh..amin ya Rabb..”

“semoga dipermudahkan semua urusan u sissy..”

“waalaikumussalam, sissy..semoga dipermudahkan segala urusan Sissy..amin ya rabbal alamin..”

Perkongsian yang tular di laman Instagram:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sissy Imann (@sissyimann)