Guna Tema Huggy Wuggy, Majlis Sambutan Anak Sulung Wawa Zainal Dikritik Netizen

Selebriti wanita yang dulu sering mewarnai kaca televisyen dengan lakonan dan wajah cantiknya kini dilihat semakin murah rezeki semenjak menjalankan perniagaan kosmetik. Siapa lagi kalau bukan Wawa Zainal.

Wawa Zainal yang juga isteri kepada Aeril Zafrel, atau digelar Raja TikTok oleh netizen sering dilihat membuat sesi live di TikTok, secara tidak langsung menarik perhatian orang ramai dengan kemesraan dan kelakuan lucu mereka.

Baru-baru ini, pasangan yang dikurniakan empat orang cahaya mata ini telah menyambut hari kelahiran putera sulung mereka, Attar yang ke-9 di sebuah tempat.

Momen-momen indah itu sempat dirakam dan dikongsikan oleh Wawa sendiri di akaun Instagram miliknya. Menerusi video yang dimuat naik, tema majlis hari lahir Attar berwarna serba-serbi biru dan merah jambu, sesuai dengan warna latar kartun yang diminati anaknya.

“Happy birthday tanda cinta pertama ayah mama. Ahmad Fakhruddin Attar. Sudah 9 tahun berlalu, kenangan mengandungkan dan melahirkan Attar memang tak akan pernah padam di ingatan mama. Semoga menjadi abang dan anak yang baik,” tulis Wawa di ruangan kapsyen dengan penuh kasih sayang.

Bagaimanapun, netizen berasa terganggu melihat tema majlis tersebut dan anak patung yang dipegang Attar kerana dikatakan karakter kartun bernama Huggy Wuggy itu tidak sesuai untuk kanak-kanak kerana didakwa mempunyai unsur ganas.

Pun begitu, netizen menasihati Wawa agar membuat kajian terlebih dahulu tentang karakter kartun-kartun yang diminati anak-anaknya. Dalam pada itu, netizen turut mengucapkan selamat hari lahir kepada anak sulung mereka.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di Instagram

“aku takut dengan patung tuh 😌😌”

“Kartun ni act takboleh bgi budak tengok, sbb dia pasal bunuh membunuh, prents kena cek balik psal kartun ni. Seram”


“Happy Birthday..Semoga menjadi anak soleh berjaya Dunia Akhirat..cuma nak bgtau kartun Huggy Wuggy tu bawa unsur negative..elakkan anak lebih menonton atau minat pada karakter berkenaan…”

“Please jangan promote this character is too scary and dangerous”

“Happy birthday attar. Tp tema ni 😢. Tak elok sgt utk anak2”

Video yang tular di laman Instagram

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wawa Zainal ®️ (@w4w4_zainal)