Selamba Curi Pakaian Dalam Jiran Wanita, Lelaki Tak Sedar Aksinya Dirakam CCTV

Kes curi baju dalam wanita oleh lelaki bernafsu seks bukanlah satu perkara yang baharu malah banyak terjadi.

Oleh sebab itu, kaum hawa dinasihatkan agar lebih berhati-hati agar tidak turut menjadi ‘mangsa’.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki yang seolah-olah hilang kewarasan ‘kantoi’ mencuri baju dalam di ampaian yang diletakkan di hadapan sebuah rumah mencuri perhatian ramai.


Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh @Malaysiaviral di Twitter, dapat kita lihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan seorang lelaki berpelitup muka telah memasuki kawasan rumah berkenaan dan mendekati ampaian kain sebelum mengambil sehelai baju dalam yang disidai.

Setelah berjaya mencuri, dia segera melarikan diri tanpa disedari aksinya itu dirakam oleh CCTV.

Video yang tular di laman Twitter:

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen seram melihat ‘perangai’ manusia zaman kini malah menasihatkan orang ramai terutamanya wanita agar segera mengangkat jemuran dan tidak membiarkan semalaman di luar bagi mengelakkan perkara seperti itu berlaku.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang berkongsi pengalaman yang sama dimana pakaian dalam mereka ‘lesap’ semasa disidai dipercayai dicuri.

“otak dia rosak teruk..nanti masuk mahkamah mengaku tak bersalah lah tu..”

“sebab tu tak digalakkan sidau atau pamer sidai diluar”

“psycho”