Gigit Seluar Dalam & Onani di Ampaian, Lelaki 62 Tahun Kelam-kabut Lari Apabila Sedar Aksi Dirakam

Tindakan tidak senonoh seorang lelaki warga emas yang menjadikan pakaian dalam penduduk di Flat Sri Sentosa, Jalan Klang Lama sebagai bahan melampias nafsu, akhirnya menerima padah apabila ditahan polis, semalam.

Tular satu video di media sosial apabila seorang lelaki dilihat membuat perkara tidak senonoh dengan pakaian dalam wanita yang dijemur di luar kawasan rumah.

Suspek berusia 62 tahun terbabit terlihat mengambil pakaian dalam dijemur berhampiran flat berkenaan sambil beronani.

Video berdurasi 45 saat itu berjaya dirakam jiran mangsa sebelum dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter, @WhotheLH memperlihatkan suspek mengambil pakaian dalam wanita dijemur di luar rumah.

Walaubagaimanapun, tindakan suspek itu ditegur oleh lelaki yang merakam video berkenaan.

Suspek dilihat terus dalam keadaan tergesa-gesa sebelum beredar dengan menaiki sebuah motosikal yang diletakkan di lokasi berhampiran.

Menurut Awani, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor, pihaknya menerima laporan berkenaan seorang lelaki mencium pakaian dalam wanita yang dijemur dan melakukan onani.

“Perbuatan suspek yang berusia 62 tahun itu telah dirakam oleh jiran mangsa yang kemudian memberitahunya mengenai kejadian tersebut.
“Hasil risikan polis telah membawa penahanan suspek yang tinggal di Puchong, Selangor untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.
Susulan daripada video berkenaan, rata-rata netizen menasihati orang ramai terutamanya wanita agar berhati-hati ketika menyidai pakaian di luar rumah.

 

Sumber: Awani, Twitter @WhoTheLH