Gigih Usaha Demi Mengerjakan Ibadah Umrah, Pakcik Ini Ambil Untung 50 Sen Niaga Ikan Masin Jentik Hati Netizen

Mengerjakan ibadah umrah merupakan salah satu perkara yang diimpikan oleh seluruh umat Islam. Bayangkan betapa indahnya jika diberi peluang berada di Tanah Suci Makkah, mengerjakan amal ibadah di hadapan Kaabah serta melawat tempat-tempat bersejarah para nabi di sana.

Iospital phone repair gombak

Oleh itu, ramai umat Islam yang berhempas pulas bekerja demi mengumpul wang yang cukup untuk menjejakkan kaki ke kota Makkah bagi mengerjakan ibadah umrah.

Malah ada insan yang sanggup bekerja sebagai apa sahaja demi mencari rezeki halal untuk menunaikan impian mereka itu.

Sama seperti kisah seorang pakcik ini yang tular di laman TikTok baru-baru ini, mengisahkan dia sanggup berniaga ikan masin di hadapan sebuah pasar raya semata-mata untuk mengumpul duit bagi mengerjakan ibadah umrah.

Pakcik yang berusia lingkungan 40 hingga 50 an itu dikatakan sentiasa berusaha menghabiskan jualannya yang bertempat di Tawau, Sabah itu.

Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok @vitaminbae_ itu, dia datang menghulurkan sedikit bantuan kepada pakcik tersebut.

Menurut @vitaminbae_, dia langsung tidak menyangka bahawa pakcik itu berusaha keras melakukan perniagaan tersebut bagi mengerjakan umrah pada tahun hadapan walaupun keuntungan yang diambilnya tidak banyak iaitu hanya RM 0.50 sahaja untung yang diambil dari setiap pek yang dijual.

Terkejut mendengar impian pakcik ini, @vitaminbae_ kemudian menghulurkan lagi sejumlah wang kepada pakcik tersebut walhal sebelumnya sudah pun diberikan melalui polistrin makanan.

Bersyukur atas pemberian yang telah diberikan, kelihatan pakcik ini terus mengangkat tangan dan berdoa.

Difahamkan sebelum @vitaminbae_ ini pulang, pakcik ini sempat mendoakan lelaki yang membantunya itu.

“Mudahan panjang umur, umur dunia. Ini kita punya umur.

“Akhirat pun inshaaAllah, masuk syurga kita sama-sama,” kata pakcik tersebut.


Meninjau di ruangan komen, orang ramai berasa sebak melihat usaha gigih dan murni pakcik ini, dan mendoakan kebaikan buat pakcik tersebut.

Antara komen netizen:

“Semoga pakcik di makbolkn doa utk menunaikan umrah dan semoga tuan dmurahkn rezeki dan dpermudahkn sgalanye.. Aamiin..”

“Sy doakan pakcik semoga pakcik dapat ke kota suci mekah nanti untuk menunaikan Umrah, Aamiin..”

Video TikTok yang tular:

@vitaminbae_ Rezeki pakcik yang gigih berjualan untuk kumpul duit pergi Umrah. Semangat terus pakcik! #vitaminbae #tapaumisteri #tapaukosong #tapauringan ♬ Instrumen Piano Sedih – kucing tetangga