Gigih Menyorok Nak Tangkap Kucing, Gelagat Ayah Guna Tudung Saji Sebagai Alatan Undang Dekah Ramai

Bila buka sahaja media sosial tidak kira lah di Facebook, Instagram, mahupun TikTok, pasti ada sahaja video kelakar yang muncul bahkan terkadang sehingga membuatkan kita terngiang dan tergelak seorang diri bila mengingatnya.
Iospital phone repair gombak
Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana gelagat seorang pakcik menangkap seekor yang cuba menangkap seekor kucing menggunakan tudung saji nyata mengundang dekah ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @lukemnl.hkm, kelihatan ayahnya memegang tudung saji dan berjalan secara perlahan-lahan.

Siapa sangka rupa-rupanya si ayah itu itu mahu menangkap kucing yang berada di atas keretanya.

Apa yang lebih terhibur adalah ayahnya itu kelihatan bersungguh-sungguh menyorok tetapi akhirnya tidak berjaya menangkat si bulus itu.


Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berseloroh mengatakan pakcik tersebut telah di ‘prank’ oleh kucing apabila kucing itu secara perlahan-lahan turun daripada kereta ketika si ayah sedang menyorok.

“Tudung saji dengan baju memang combo eh” – Netizen

Bukan itu sahaja, malah netizen juga meninggalkan komen lucu memandangkan baju yang dipakai sama warna dengan tudung saji yang dipegang.

Antara komen warga maya:

“Video2 macam ni la boleh jadi kenangan bila depa tak dak nanti”

“Kalau saya jadi kucing tu.. saya pun tak perasan pakcik tengah slow2 nak tangkap saya dengan baju warna tu”


“Dah aku pulak yang geleng kepala bila pakcik bagi isyarat macam tu”

“Macam mana awak boleh tahan gelak.. saya yang tengok dah ketawa”

“Kena dengan lagu.. licik pakcik ni.. gi kacau member tengah healing tengok kucing betina depan rumah..”


“Sekali makcik keluar kena tarik telinga nak tutup lauk takde saji”

Video yang tular di laman TikTok:

@lukemnl.hkm Ayah awak tangkap ikan. Ayah saya tangkap kucing 🐱 #fyp ♬ 1 second count / when button pressed / time signal 03(1107043) – QUESS

@lukemnl.hkm Replying to @Bel La kena game😂 #fyp ♬ 1 second count / when button pressed / time signal 03(1107043) – QUESS