Gigih Jual ‘Chocojar’ Demi Menyara Ibu Dan Abang Istimewa, Gadis Ini Berjaya Melanjutkan Pelajaran di Universiti

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Begitulah peribahasa yang bersesuaian dengan apa yang sedang dihadapi oleh gadis yang berusia 18 tahun ini.

Berbicara mengenai keperitan hidup, riak wajah gadis ini pastinya menggambarkan 1001 cerita betapa tabahnya dia menghadapi dugaan hidup.

Apa yang lebih menyedihkan, gadis ini kehilangan ayahnya sejak 13 tahun lalu. Sebelum ini, ayahnyalah yang menjadi pendapatan mereka sekeluarga.

Tetap bersyukur dapat tawaran sambung belaja ke menara gading

Tambahan pula, gadis ini tinggal bersama ibu dan abangnya merupakan Orang Kelainan Upaya Fizikal (OKU).

Kehidupan yang serba kekurangan tidak melunturkan semangatnya apabila dia mendapatan tawaran sambung belajar hingga ke menara gading.

Menerusi satu perkongsian menarik ini daripada laman Facebook Kelab Kebajikan & Kesukarelawan Sosial (KELSS) yang berkunjung ke rumah mereka di Tanah Merah Kelantan untuk memberi sumbangan untuk keluarga kecil ini.

Keperluan harian bergantung pada bantuan bulanan JKM

“Dia juga turut tinggal bersama mereka ialah kakak Sakinah iaitu Fah Faridah ibu tunggal (kematian suami 3 tahun lalu) berusia 55 tahun juga orang kelainan upaya yang hanya mampu mengensot”.

“Keperluan harian mereka bergantung pada bantuan bulanan JKM yang diterima Sakinah dan Faridah sebanyak RM200 seorang manakala Khoidir RM250 sebulan”.

Ibunya seorang ibu tunggal dan tidak mampu tanggung kos pengajian

“Sesuatu yang kami amat kagumi adalah kejayaan beliau mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran ke menara gading iaitu di sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam di Seri Iskandar, Perak”.

“Saya sepatutnya lapor diri bulan ni ke sana, tapi ditangguh sebab wabak covid19 ni” – katanya kepada kru kami yang mengunjunginya petang tadi di Kg Salak, Belimbing dekat sini.

“Noradila berkata dia tahu ibunya yang juga seorang ibu tunggal itu tidak mampu untuk menanggung kos sepanjang pengajiannya nanti”.

Jual Chocojar untuk tambah pendapatan

“Dia gigih menceburi bidang perniagaan secara atas talian termasuk jualan makanan ringan chocojar bagi mencari pendapatan”.

“Kalau dekat sekitar kampung ni, saya buat COD je” – kata anak bongsu dari dua beradik itu.

“Ketika ditanya mengenai persediaan untuk menyambung pelajaran,beliau berkata setakat ini semua peralatan telah dibeli termasuk komputer riba menggunakan wang simpanan hasil jualan dan sumbangan dari beberapa pihak”.

Dia bercadang membeli pakaian baru yang telah lusuh

“Menurut Noradila, dia bercadang untuk membeli pakaian baru menggantikan banyak yang telah lusuh dan berjanji akan belajar bersungguh-sungguh agar dapat membantu keluarganya suatu hari nanti”.

“Dalam kunjungan kru kami petang tadi, sedikit sumbangan kewangan dihulurkan untuk Noradila sebagai persediaan untuk membeli keperluannya nanti”.

“Mereka yang ingin menghulurkan sumbangan untuk Noradila , boleh salurkan ke akaun bank miliknya, BANK ISLAM, 0305 4020 8239 62 bernama Nik Noradila bt Mohd Wira”.

Tahniah adik Noradila kerana berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti dan semoga adik mampu mengubah nasib keluarga suatu hari nanti.