Geram Ayah Kacau Betulkan ‘Hoodie’, Anak Kelahiran Melayu & Korea Ini Merungut Guna 3 Bahasa Sekaligus!

Perkahwinan campur bukan lagi suatu perkara yang luar biasa pada zaman kini.

Iospital phone repair gombak

Perkahwinan campur ini merupakan perkahwinan antara dua insan yang berlainan latar belakang, misalnya seperti perbezaan kaum.

Sama seperti seorang wanita tempatan yang dikenali sebagai Fadhi, telah bertemu jodohnya Aiman Kim Je-young sewaktu menjalani program pertukaran pelajar suatu ketika dahulu.

Difahamkan, ibu bapa Fadhi turut berasa terkejut kerana lelaki warga Korea Selatan itu menyatakan hasratnya untuk menikahi Fadhi walaupun pada ketika itu mereka baru sahaja berkenalan selama sebulan.

Selepas perkahwinan mereka, lahirlah seorang cahaya mata perempuan bernama Naeun Ayra pada tahun 2020.

Naeun Ayra ini bukan sahaja pandai beraksi di hadapan kamera, juga merupakan seorang kanak-kanak yang amat petah berkata-kata.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @snfad_diela itu, kelihatan Naeun Ayra sedang berjalan-jalan sambil mengenakan jaket ber-hoodie berwarna biru gelap.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila Naeun Ayra tidak puas hati apabila ayahnya bantu membetulkan hoodienya itu.

Hal ini disebabkan dia ingin membetulkan hoodienya sendiri, lalu terus merajuk sambil merungut dan meluahkan rasa sedihnya dalam 3 bahasa sekaligus!

Wah hebatnya kecil-kecil dah boleh cakap Bahasa Malaysia, Korea, Inggeris!

Sekadar info ketika artikel ini sedang ditulis, video yang tular ini telah berjaya meraih sebanyak 1.2M tontonan, 153.6K tanda suka, dan 536 komen di laman platform sosial berkenaan.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berasa terhibur melihat reaksi si comel yang merungut rasa sedihnya itu.

Dalam pada itu, ramai juga yang kagum melihat kanak-kanak sekecil itu sudah pun boleh bertutur dalam 3 bahasa.

Antara komen netizen:

“ibarat kau sentuh tudung dia yg dah iron 😂😂😂😂😂😂”


“3 bahasa sekali yer dik ko tapau.. Xyah g class bahasa dah pandai nanti.. Comel awak 🥰”

“waaa tetiba dah besar pandai cakap 3 bahasa da . sooo syomel!”

“Jadi betullah, kawin dngn org jauh anak2 jadi cerdik 🥹 kene cari jauh2 ni ✍️🏼”

“dgn bapak ckp korea, dgn mak ckp malay! LURVEEE”

Video TikTok yang tular:

@snfad_diela Replying to @oreocelupair ♬ original sound – Fadhi