Geng Konvoi Sanggup Kumpul Minyak Sendiri, Hasrat Nak Bantu Porsche GT3 Tersadai Tepi Highway Raih Pujian Netizen

Amalan tolong menolong merupakan amalan mulia yang harus diterapkan dalam diri setiap individu.

Iospital phone repair gombak

Tidak kiralah walau apa pun status masing-masing, amalan bantu membantu ini mampu meringankan beban seseorang terutamanya yang sedang mengalami kesukaran.

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini di laman TikTok mengenai sekumpulan konvoi motosikal datang membantu pemandu Porsche GT3 RS telah mendapat perhatian ramai.

Menerusi perkongsian yang telah dimuat naik oleh @fahmi_ahmaddd itu, kelihatan dia bersama rakan-rakan konvoinya sedang membantu kereta tersebut yang telah kehabisan minyak.

“Dalam perjalanan balik dari Hatyai terserempak dengan kereta habis minyak tepi jalan. Kebetulan kawan yang bawa Yamaha 125R kuning ada bawa minyak spare terus bagi bantuan.

“Bagaimanapun minyak tidak cukup dan kereta tidak dapat hidup. Jadi kami buat keputusan untuk kumpul minyak daripada motosikal masing-masing seorang sedikit,” tulis Fahmi menerusi video berkenaan.

Ekoran itu, sekali lagi mereka memasukkan minyak yang telah mereka kumpul untuk menghidupkan kereta sportcar itu.

Akhirnya, kereta tersebut berjaya dihidupkan semula!

Ketika artikel ini sedang ditulis, video yang tular ini telah mencecah sebanyak 183.1K tontonan, 19.7K tanda suka dan 532 komen di platform sosial berkenaan.

Meninjau di ruangan komen, warga netizen memuji tindakan rider-rider yang hadir membantu kerana sanggup menggunakan minyak sendiri untuk membantu pengguna jalan raya yang lain walaupun mereka tidak mengenali langsung insan tersebut.

Dalam pada itu, ramai warganet yang menyeru agar kita hendaklah sentiasa membantu satu sama lain tanpa mengira sesiapun yang mengalami kesusahan kerana ianya merupakan amalan yang mulia.

Antara komen netizen:

“Wahai anak muda kamu adalah orang hebat ,sanggup bantu orang dalam kesusahan ,suatu hari pasti kamu akan berjaya 🤲🏻.”


“mantap abg²..permudahkan urusan org lain..nescaya Allah akan mudahkan urusan abg² sekalian..aamiin..”

“MasyaAllah.. TabarakAllah… Tahniah… Moga Allah permudahkan segala urusan kalian. Terus istiqomah memberi pertolongan”

Video TikTok yang tular:

@fahmi_ahmaddd Kadang2 Allah hadirkan seseorang itu bersebab😬 . Jangan berhenti buat baik😆 #chinesenewyear2023 #porschegt3rs #meanmachine #mxmachine ♬ Semoga Engkau Bahagia – Ziell Ferdian