Geng Isteri Prank Suami Pakai Baju Sama, Tapi Gelagat ‘Blur’ Si Suami Pula Undang Dekah!

Seringkali kita lihat di media sosial dimana ada yang berkongsi pengalaman memakai baju yang sama dengan orang awam bahkan ada juga yang sanggup menjauhkan diri kerana malu memakai baju yang sama terutamanya bagi golongan wanita.
Iospital phone repair gombak
Pernah juga tular sebuah video sebelum ini dimana seorang budak lelaki ‘tersalah mak’ apabila memeluk seorang wanita yang bukan sahaja memakai baju yang mempunyai corak sama seperti ibunya malah seluar dan tudung juga serupa!

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana sekumpulan isteri melakukan ‘prank memakai baju sama’ untuk suaminya mencuri perhatian ramai.

Difahamkan, geng isteri ini mengenakan suami mereka dengan menyuruh pakai baju sama semasa pergi bercuti.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @nabeelasara, mereka baru saja tiba di sebuah homestay.

Apa yang menghiburkan adalah apabila reaksi keempat-empat lelaki itu terkejut kerana melihat masing-masing memakai baju yang sama sebaik saja tiba di sana.


Tetapi, lebih melucukan adalah reaksi lelaki yang kelima seperti blur-blur bila melihat isterinya tergelak. Sebaik saja dia menoleh ke arah suami kawan-kawannya, baru dia perasan baju mereka sama dan turut ketawa.

“That one yg tak perasan, haha penat gelak. Lambat betul!” – Netizen

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat gelagat suami kepada geng wanita tersebut terutamanya reaksi lelaki yang kelima yang seakan ‘loading’ melihat isterinya ketawa.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang akui ingin melakukan perkara yang sama untuk mengenakan suami masing-masing.

Antara komen warga maya:

“Number 5 is very confused”

“Jumpa juga yang Malaysia punya version”


“No 5 tu data habis ke”

“Reaction no 5 tu lambat betul”

“NO 5 tu loading teruk ea”


Video yang tular di laman TikTok:

@nabeelasara We pranked our husbands into wearing the same shirt. The last one took the longest to notice 😅 #sameshirtprank #husbandprank ♬ Love Grows (Where My Rosemary Goes) – Edison Lighthouse