“Genap setahun saya x jumpa anak2,” Tak Dapat Rai Hari Jadi Anak, Vicha Kongsi Video Sambutan Tahun Lepas

Sejak penularan pandemik Covid-19, seluruh dunia mengamalkan dasar tutup pintu sempadan bagi mengekang penularan wabak berkenaan.

Malaysia juga tidak terkecuali berbuat demikian. Malah larangan merentas sempadan negeri juga turut dilaksanakan di negara kita ketika jangkitan wabak ini berada ditahap yang membimbangkan.

Namun begitu, disebalik penutupan sempadan berkenaan, ramai diantara kita yang tidak dapat melawat orang tersayang terutama mereka yang terpisah dengan keluarga di negara lain.

Vicha tidak dapat pulang melawat anak-anaknya di Bandung

Tidak terkecuali adalah salah seorang pelakon dan pelawak Vicha Saywho yang tidak berjumpa anak-anaknya sejak tahun lepas apabila pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga ke hari ini.

Lebih mesra disapa Vicha atau nama sebenarnya Refika Novianti Faturohma yang merindui tiga orang anaknya iaitu Aurel Angelina Khezya, 11, Listya Arum Tresnasih, 10, dan Michelle Averina Calysta, 8 yang menetap di Bandung, Indonesia.

Kapsyen Vicha buat ramai meruntum jiwa

Pelawak ini turut memuat naik satu video hari jadi anaknya tahun lalu kerana tidak dapat pulang bersama anaknya di hati istimewa anaknya itu.

Walaupun Vicha dikenali sebagai seorang wanita yang lucu dan ceria, video yang dikongsikan di Instagram miliknya membuatkan ramai yang meruntun jiwa.

Genap setahun saya tidak berjumpa anak-anak

“Hari ini genap satu tahun lah saya x berjumpa anak-anak. Video ni satu tahun lepas time tu saya x bagitahu aurel yang saya balik bandung nak bagi surprise dekat dia.”

“Dia ingat birthday dia saya tak datang ke bandung sebab ada kerja, so saya cakap dekat dia tak apelah ambu tak balik ni, ambu sewakan bilik hotel.”

“Korang pergilah swim dekat hotel so mereka happy sebab suka sangat swimming. Tiba-tiba sampai jer saya ada kat sana dia terkejut.”

Happy birthday Aurael, hari ini ambu tak dapat pulang ke bandung 

“Happy birthday my love aurael angelina khezya yang ke 12 tahun hari ini, hari ini ambu betul-betul tak dapat nak datang bandung.”

“Bukan nak buat prank lagi tapi memang betul-betul tak dapat datang sebabkan kondisi covid ni.”

Ambu selalu doa untuk semua anak-anak ambu

“Tak ape doa ambu selalu ada untuk semua anak2 ambu i love u so much doa yang terbaik untuk aurel ya.”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sebak dan mendoakan agar pelawak ini dapat kembali ke pangkuan keluarga di Bandung.

Sanggup berjauhan cari rezeki untuk anak-anak

Demi mencari rezeki buat anak-anak yang menetap di bandung, pelawak ini sanggup berjauhan dengan keluarga tersayang.

Malah jauh di sudut hati Vicha, beliau turut memanjatkan kesyukuran kerana bakat dan kehadirannya di terima baik peminat-peminat di Malaysia.