“Gelombang ketiga atau tsunami” Ada Kementerian Luluskan 8,000 Bercuti Luar Negara

Hari ini merupakan hari ke sebelas rakyat Malaysia menjalani Perintah Kawalan Pergerakan bagi memutuskan rantaian penularan wabak Covid-19.

Malaysia turut mencatatkan peningkatan kes hari demi hari dan sekitar semalam jumlah kes adalah sebanyak 2161.

Gelombang ketiga Covid-19

Sementara itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjangkakan tsunami gelombang ketiga wabak Covid-19 di negara ini.

Ini berikutan jumlah besar rakyat Malaysia bercuti ke luar negara semasa tempoh cuti sekolah awal bulan ini.

Gelombang ketiga atau apa yang kami panggil Tsunami

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan kini merupakan sebahagian daripada persediaan menghadapi gelombang ketiga.

“Kami menjalankan PKP ini sebagai persiapan untuk ekspektasi kami, di mana tiga minggu lalu kami fikir akan ada gelombang ketiga, atau apa yang kami panggil tsunami,” katanya pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Ramai rakyat Malaysia melancong ke Jepun dan Korea

Ujar beliau lagi, pihak berkuasa kesihatan mendapati ramai rakyat Malaysia meninggalkan negara ini untuk bercuti sepanjang tempoh itu, termasuk ke Jepun dan Korea.

Negara-negara yang disenaraikan itu turut dikenal pasti negara yang berisiko tinggi untuk dilawati termasuk Itali dan Iran.

8 000 kakitangan bercuti ke luar negara

Beliau turut mendedahkan ada kementerian memberi kelulusan kepada 8,000 kakitangannya untuk bercuti di luar negara.

“Saya dimaklumkan, ada satu kementerian, 8,000 warga kementerian itu diluluskan atau beli tiket untuk melancong, contoh di Jepun, Korea dan sebagainya”, lapor Malaysiakini.

Ekoran daripada itu, berkemungkinan kes import Covid-19 dinegara kita akan naik mendadak.

“Kita dah tahu gelombang kedua melibatkan warga Malaysia dan kes mereka adalah kes import. Contoh lihat kes 23, pergi Jepun dengan keluarga dan balik positif”.

Kita mungkin akan dapat kes import yang mendadak

“Jadi kita takut bila 32,000 dari pelancong warga Malaysia ke Korea, Jepun, Itali dan sebagainya, bila kembali maka kita mungkin akan dapat kes import yang mendadak,” kata Noor Hisham.

Beliau turut berkata, kerajaan tidak akan mempunyai keupayaan untuk melakukan kuarantin terhadap sejumlah besar pesakit.

Justeru itu menurut beliau, Perintah Kawaalan Pergerakan adalah pilihan terbaik untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.

Duduk dirumah dua minggu jika ada sejarah perjalanan ke luar negara

Beliau turut berpesan supaya orang ramai duduk dirumah masing-masing terutama yang mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara.

“Duduk di rumah, pastikan dua minggu, (jika) ada sejarah perjalanan (ke luar negara), duduk dalam rumah, jadi kita boleh kuarantin di rumah,” katanya.

Selain itu, Noor Hisham berkata langkah kedua selepas PKP adalah mengesan kes yang disyaki, membuat ujian dan mengasingkan mereka yang didapati positif dan merawat mereka di hospital.

Semoga orang ramai memberikan kerjasama kepada semua pihak supaya usaha ini berjaya dan negara kita bebas dari Covid-19