Gangguan Bekalan Air Dijangka 3 Hari, Warga KL dan Selangor Dinasihatkan Simpan Air Secukupnya

Gangguan bekalan air dilaporkan akan terpaksa dihadapi oleh penduduk di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Satu pengumuman mengenai kerja-kerja penambaikan di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1(LRA SSP1) akan bermula pada 23 Jullai.

Menurut Syarikat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), pelaksanaan kerja penambahbaikan ini perlu dilakukan bagi memastikan kualiti perkhidmatan air di kawasan sekitar dapat dipertingkatkan di masa akan datang.

Proses kerja ini akan menyebabkan gangguan bekalan air di beberapa tempat di tujuh (7) kawasan berhampiran.

Berkemungkinan besar gangguan dilaporkan akan berlaku bermula 9 pagi, 23 Julai dan akan berakhir pada 9 malam, 26 Julai.

Berikut adalah kawasan-kawasan yang terlibat dalam gangguan berkenaan:

  1. Gombak
  2. Petaling,
  3. Kuala Lumpur,
  4. Klang/Shah Alam,
  5. Kuala Selangor,
  6. Hulu Selangor dan
  7. Kuala Langat.

Orang ramai diingatkan untuk menyimpan bekalan air bersih secukupnya bagi menghadapi gangguan bekalan air ini nanti.

Sila layari  laman web rasmi Syabas untuk senarai penuh kawasan terlibat dengan gangguan bekalan air ini.

Anda juga boleh mengikuti laman Facebook dan Twitter rasmi Air Selangor untuk maklumat lanjut.