[FOTO]”Baru je sebulan mcm tu, doakan saya” Zila Bakarin Muatnaik Gambar Bertudung

Zila Bakarin antara barisan pelakon yang dikenali ramai dan merupakan pelakon yang telah lama berkecimpung dalam industri.

Pelakon cantik ini sering menghidupkan watak-watak pembantu dengan berkesan sekali menerusi drama di televisyen.

Beliau juga antara barisan pelakon yang kekal lama dalam industri walaupun sudah mempunyai keluarga.

Zila Bakarin muat naik gambar bertudung

Menerusi laman sosial Instagram miliknya, sekitar December tahun lalu ada beberapa keping gambar yang dimuat naik oleh beliau yang menjadi tanda tanya peminat.

Kelihatan gambar-gambar terbaru yang dikongsi pelakon ini tampak lebih cantik dan manis bertudung.

Peminat meninggalkan komen positif di Instagram milik pelakon itu

Hal ini telah menarik minat ramai peminat pelakon ini meninggalkan komen yang positif di laman Instagram miliknya.

Rata-rata peminat memuji beliau kelihatan lebih cantik dan manis mengenakan tudung dan berharap pelakon ini akan kekal bertudung.

 

View this post on Instagram

 

nmpk ikhlas tak senyum kita wakkk??!! 😊

A post shared by Zila Bakarin (@zilabakarinofficial) on

 Menerusi satu komen di Instagram, seorang peminat beliau bertanya mengenai drama yang ditayangkan menampakkan beliau masih tidak bertudung ketika itu.

Ni baru sebulan bertudung, doakan saya

Beliau kemudian menjawab persoalan itu dan memberitahu bahawa dirinya baru sebulan bertudung dan drama tersebut adalah sebelum itu.

“Ni baru sebulan je sebulan macam tue, doakan saya ya”balas bintang drama Dendam Aurora selepas menjawab beberapa soalan peminatnya.

Pelakon kegemaran ramai itu juga sempat membalas beberapa komen dan meminta agar peminatnya mendoakan beliau.

Kakak kita lawa, Catriana Ross

Tidak ketinggalan, antara rakan-rakan artis yang turut meninggalkan komen ada Catriana Rose yang memuji pelakon itu kelihatan cantik bertudung.

Sementara itu, Zila Bakarin berkahwin dengan jurukamera Azri Izhar pada 11 Januari 2008 selepas lapan tahun berkenalan.


Menerusi perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua cahayamata perempuan iaitu Kasih dan Chinta.