[FOTO] “Yeay Oppa Da Balik!” Ini Foto Terbaru Lee Min Ho Selepas Tamat Latihan Tentera

Kalau anda peminat drama Korea pastinya Lee Min Ho menjadi salah satu pelakon pujaan hati kan?

Lee Min Ho yang merupakan pelakon drama korea ini popular kerana lakonannya yang bersahaja dan rupa parasnya yang kacak berjaya memikat ramai peminat-peminatnya menantikan kemunculannya kembali.

Lee Min Ho telah sekian lama hilang mendiamkan diri sejak menjalani latihan ketenteraan dan beliau telah menamatkan latihan ketenteraan itu pada 25 April 2019.

Meski pun tiada sebarang majlis istimewa yang dilakukan, peminat tetap hadir di perkarangan kawasan Suseo Social Welfare Center di Daerah Gangnam untuk bertemu Min Ho.

Istimewanya, tidak hanya di Korea malah peminat Min Ho dari China dan Jepun juga sanggup terbang ke negara tersebut semata-mata untuk menyambut kepulangan pelakon kesayangan mereka.

Min Ho yang tampil dengan memakai topeng muka dan hanya mengenakan pakaian kasual tetap kelihatan kacak.

Jom lihat foto-foto menarik sekitar sambutan kepulangan Min Ho oleh peminatnya.


Wajah pelakon korea kegemaran ramai ini ketika sedang menjalani latihan ketenteraan telah menarik minat peminatnya kerana beliau dikatakan kelihatan sihat dan sedikit berisi tampil segak memakai pakaian tentera.

Perubahan badan Lee Min Ho turut hangat diperkatakan oleh peminatnya kerana rata-rata mereka terkejut dengan perubahan fizikal aktor kesayangan mereka itu berubah dengan cepat.

Foto ini menunjukkan perubahan yang agak ketara terhadap bentuk badan Lee Min Ho sebelum dan semasa menjalani latihan ketenteraan. Foto berbaju putih itu dimuat naik oleh Lee Min Hoo sebelum beliau menjalani latihan asas ketenteraan.

Welcome Back, Oppa!

Berita kepulangan aktes pujaan ramai ini memang dinantikan oleh peminat korea dan berita ini telah tular dimedia sosial dengan meninggalkan tanda pagar ‘Welcome Back, Oppa!

Berita mengenai Lee Min Ho yang telah berjaya menamatkan latihan ketenteraan itu telah pun disahkan oleh pihak agensinya.

“Lee Min Ho bakal menamatkan latihan ketenteraan esok seperti biasa, tanpa majlis keraian.”

Peminat Lee Min Ho telah memuat naik Tweet mengucapkan kepulangan aktres kesayangan ramai ini dan mereka juga dilihat mula berkumpul dan membawa sepanduk untuk meraikan pelakon kesayangan mereka itu.

Pasti semua peminat tak sabar menunggu drama atau filam terbaru dari Lee Min Ho!